Header Ads

ads header

Flash News

Sebat, Pendirian Kerajaan PH Songsang Dan Sumbang


1.    Kenyataan YAB Perdana Menteri berkaitan pelaksanaan hukuman sebat ke atas dua pesalah yang cuba melakukan musahaqah menunjukkan pendirian songsang dan sumbang Kerajaan Pakatan Harapan dalam isu ini.

2.    Kerajaan Persekutuan tidak sepatutnya mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu kerana undang-undang Islam adalah di bawah Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah telah membuat keputusan ini berdasarkan Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama.

3.    Hakim dalam menentukan kadar hukuman bukan sahaja menilai keadaan pesalah sebaliknya turut mengambil kira implikasi kesalahan yang dilakukan itu terhadap kepentingan awam melibatkan agama dan masyarakat. Tambah pula, menurut perspektif Islam malah juga dari sudut nilai moral dan naluri kemanusiaan, kesalahan musahaqah ini adalah perlakuan songsang yang sangat mencemar maruah dan kehormatan masyarakat dan sangat berat sehingga boleh mengundang kemurkaan Allah s.w.t.

4.    Justeru, sama ada ia merupakan kesalahan kali pertama atau kali ke-berapa pun, adalah munasabah hukuman pengajaran seperti sebat syarie dijatuhkan sebagaimana peruntukan undang-undang itu bagi memberi amaran dan mesej nasihat bukan hanya kepada pesalah tetapi juga kepada masyarakat agar tidak melakukannya.

5.    Mengatakan bahawa hukuman yang dijatuhkan itu telah mempamerkan Islam bengis hanya memperlihatkan betapa tidak cermat dan jahilnya YAB Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet Kerajaan terhadap kaedah hukuman sebat syarie yang sebenar - sangat ringan dan tidak mencederakan kulit langsung.

6. Sangat malang, saya mengandaikan tiada dalam kalangan ahli kabinet termasuk yang berpendidikan agama memberikan pencerahan tentang kaedah hukuman sebat syarie ini kepada kabinet. Sebat syarie jauh lebih ringan berbanding kaedah sebat dalam undang-undang sivil yang menyakitkan dan mencederakan. Sebaiknya kabinet mempertikaikan hukuman sebat sivil berbanding mempertikaikan hukuman sebat syarie.

7. Ia bukannya mempamerkan wajah bengis Islam sebagaimana dakwaan songsang kabinet malah sebenarnya memaparkan wajah ihsan dan rahmatnya pelaksanaan sebat syarie. Sebaliknya sebat sivillah yang telah memaparkan wajah bengis undang-undang negara yang telah diterima pakai dan diamalkan sejak dahulu hingga sekarang. Itulah yang sepatutnya lebih utama dipertikaikan oleh kabinet.

8.    Adapun imej buruk yang kononnya dipaparkan oleh sebat syarie ini sebagaimana dakwaan kabinet, suka saya tegaskan bahawa imej buruk itu terpapar apabila perlakuan songsang disokong dan dibela oleh pemimpin bergelar Muslim. Sebaliknya, menghukum sebagai pengajaran terhadap perlakuan sumbang ia adalah lambang betapa Islam adalah agama yang terhormat dan mengangkat nilai kehormatan diri masyarakat daripada terjebak dalam perlakuan songsang dan sumbang.

9. Islam dicemuh bukan kerana hukuman sebat syarie itu, tetapi kerana ada dalam kalangan pemimpin Kerajaan yang beragama Islam lemah jiwa dan imannya serta tidak bersifat "izzah"  dan tegas terhadap kemungkaran menyebabkan orang yang jahil dan pihak yang memusuhi Islam bertambah selesa untuk terus memberikan persepsi buruk terhadap Islam.

10.    Saya mengira kabinet pimpinan PH telah memberi mesej yang salah tentang sikap dan pendirian mereka terhadap amalan songsang. Saya berharap agar YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Pakatan Harapan dapat memperbetulkan semula pendirian yang songsang dan sumbang ini.

Sekian.

”Sejahtera Bersama Islam”

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

5 ulasan:

  1. "Islam dapat malu" kononya tetapi pendakwaan kes bersifat politik dan pembebasan tertuduh tanpa menerusi perbicaraan apakah tidak memalukan? Jadinya siapa yang muka tak tahu malu???

    BalasPadam
  2. Hanya yg fasik munafik sahaja menjadikan alasan..ISA Tak bengis kot ( nasib Najib hapuskan ISA,jk tidak boleh tengok betapa mesra layanannya)

    BalasPadam
  3. KERAjan pakatan syiah-liberal-kafir harbi sebat banduan dengan rotan besar dan sebatan brutal sehinggakan banduan meraung menangis dan menjerit kesakitan, terkencing dan punggung pecah dan berdarah dalam penjara sekular liberal.

    Kepala bapak liberal yang bernama 'Maha Qarun' dan kuncu-kuncu syiah, liberal dan kafir harbinya berkata "Oh that's okay ! The punishment would be respected by our former British masters and their allies from whom we have inherited the brutal punishment. They would be proud of us". (Inilah pengakuan pemimpin sebagai hamba abdi dunia barat).

    Apabila undang-undang Syariah dilaksanakan dan pasangan lesbian disebat mengikut peraturan Islam dengan cara yang tidak brutal dan kehormatan dan hak asasi pesalah dihormati sebagai pengajaran kepada pesalah dan orang ramai, kepala bapak liberal dan kuncu-kuncu syiah, liberal dan kafir menjerit histeria sambil berkata " Undang-undang Islam adalah brutal, tidak berperikemanusiaan, tidak bertamadun ... bla ... bla.... bla ....memalukan imej negara kita yang dihormati oleh negara-negara KAFIR kerana negara dan KERAjaan yang menyokong kemungkaran dan kesesatan .... bla .. bla ... bla !

    Ini membuktikan KERAjan pakatan syiah-liberal-kafir harbi yang mempunyai lidah biawak dan bersikap anti-Islam dan tidak menghormati hak umat Islam.

    BalasPadam
  4. Bukankah semasa Maha Qarun berkuasa dahulu, ramai orang telah ditahan dan disiksa secara zalim dan tidak berperi kemanusiaan dalam penjara dan kem tahanan tanpa sebarang perbicaraan ?

    Ramai orang kehilangan ibu, bapa, adik-beradik, anak, isteri, suami, saudara-mara, sahabat kerana mereka ditahan tanpa perbicaraan selama bertahun-tahun semasa Maha Qarun berkuasa!

    Bukankah amalan ini zalim, tidak bertamadun, tidak berperikemanusiaan dll jika dibandingkan dengan hukuman sebat ke atas lesbian yang dilaksanakan dengan penuh cermat dan tidak brutal dan hak pesalah dihormati?

    Semasa Maha Qarun berkuasa juga, ulama Islam dan orang kampung yang tidak bersalah telah dibunuh secara beramai-ramai oleh pihak berkuasa dan Maha Qarun telah gagal menubuhkan suruhan diraja untuk menyiasat pembunuhan beramai-ramai ini !

    Bukankah amalan ini zalim, tidak bertamadun, tidak berperikemanusiaan dll jika dibandingkan dengan hukuman sebat ke atas lesbian yang dilaksanakan dengan penuh cermat dan tidak brutal dan hak pesalah dihormati?

    Maka sebelum Maha Qarun mahu bercakap tentang cilization, rule of law, humanity, justice dll , sila cermin diri dulu !!!

    BalasPadam
  5. Sebat: Mufti Perak sanggah kenyataan Perdana Menteri !
    Undang-undang Islam tidak bengis, hanya untuk pengajaran kepada pesalah.

    https://www.ismaweb.net/2018/09/06/sebat-mufti-perak-sanggah-kenyataan-perdana-menterii/

    BalasPadam