Header Ads

ads header

Flash News

Naik gaji RM50 penuh troli


Kerajaan mengumumkan kadar gaji minimum seragam bagi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak ditetapkan sebanyak RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam berkuat kuasa 1 Januari depan.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, sebelum ini, Perintah Gaji Minimum 2016 memperuntukkan kadar gaji minimum sebanyak RM1,000 sebulan bagi Semenanjung dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurutnya, seperti diperuntukkan Seksyen 25, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta732), Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) selesai membuat kajian semula terhadap Perintah Gaji Minimum 2016 dan syor-syor MPGN juga sudah dibincangkan oleh Kabinet hari ini.

Katanya, selepas menimbang syor MPGN daripada pelbagai sudut, kerajaan buat pertama kali bersetuju untuk melaksanakan kadar gaji minimum yang seragam bagi seluruh negara.


MR : 22 tahun pegawai kerajaan merana zaman atuk ini. Kini pegawai kerajaan nak tambah lagi merana kerana kebodohan pimpinan PH terikut dengan atuk ini....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Gaji minima naik 50 hinggit, kredit card kena bayar 50 hinggit, prepaid 100 hinggit kena potong 5 hinggit, Brim jadi - 1200: campur tolak, yang tinggal adalah pembodohan.

    BalasPadam