Header Ads

ads header

Flash News

Sivarasa Rasiah pula kritik pelantikan Maszlee


SHAH ALAM: Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Sivarasa Rasiah menggesa keputusan melantik Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dikaji semula.

Sivarasa berkata, langkah itu perlu dilakukan supaya ia selaras dengan semangat membebaskan instiusi pendidikan termasuk UIA daripada pengaruh politik dan memberikan kuasa autonomi kepada universiti untuk mentadbir.

“Saya juga terkejut dengar pengumuman itu dan saya rasa adalah wajar keputusan melantik Maszlee dikaji semula supaya ia selaras dengan semangat yang disebut dalam manifesto kita,” katanya kepada pemberita selepas majlis ceramah Pakatan Harapan (PH) di Glenmarie, Shah Alam, malam tadi.

Pada 7 Jun lalu, Maszlee memberi jaminan kepada pentadbiran universiti bahawa institusi itu tidak akan disalah gunakan oleh sesiapa, termasuk dirinya demi kepentingan politik.

“Ini adalah era baru, saya akan memastikan kerajaan PH tidak akan salah gunakan universiti untuk kepentingan politik, ia termasuk saya,” katanya.

Sivarasa berkata, tidak dinafikan kesilapan dalam kalangan pemimpin boleh berlaku, termasuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu mengumumkan perlantikan dirinya sebagai menteri pendidikan sebelum ini.

“Walaupun kita kadang-kadang buat silap, tetapi ia boleh dibetulkan, macam perdana menteri sendiri sebagai contoh, sebelum ini dia umumkan akan ambil portfolio perdana menteri bersama menteri pendidikan.

“Tetapi apabila beberapa orang sudah tunjukkan kepada beliau (Dr Mahathir) bahawa itu bercanggah dengan manifesto, maka perdana menteri buat keputusan untuk berundur,” katanya.



Terdahulu, Adun Bukit Tunku, Lim Yi Wei turut menggesa Maszlee melepaskan jawatannya sebagai presiden UIAM yang baru.

Yi Wei yang juga pengerusi Pemuda DAP Petaling Jaya Utara berkata, sebagai ahli politik yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam Kementerian Pendidikan, memegang jawatan tertinggi di sebuah universiti jelas akan mewujudkan konflik kepentingan.

UIA dalam kenyataannya bagaimanapun mempertahankan lantikan Maszlee sebagai presiden baru mereka, mengatakan pelantikan itu dipersetujui oleh ketua perlembagaannya, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Bukan itu sahaja, UIA juga menambah pelantikan Maszlee juga disokong oleh Rektor universiti berkenaan, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.

Maszlee dilantik menggantikan Tan Sri Rais Yatim sebagai presiden ke-8 UIA. Kerusi itu kosong sejak tempoh perkhidmatan 5 tahun Rais tamat pada Jun lalu.


MR : PH dah mula tunjuk angkuh tidak menerima teguran....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Teguran SerbaRasa itu tak ada salahnya tapi kenapa berpilih-pilih yakni kenapa tak tegur campurtangan politik dalam bisnes Khazanah?

    BalasPadam