Header Ads

ads header

Flash News

Sultanah Terengganu menafi ada kaitan dengan firma 1MDB


KUALA LUMPUR: Sultanah Terengganu tidak pernah pada bila-bila masa terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam apa-apa urusan pentadbiran kerajaan dan secara khususnya penubuhan Terengganu Investment Authority (TIA).

Setiausaha Dewan Pangkuan Diraja Terengganu berkata kenyataan dalam buku “The Sarawak Report: The Inside Story of The 1MDB Expose” yang mengaitkan Sultanah Nur Zahirah dalam isu berkenaan tidak benar sama sekali.

Beliau menafikan sekeras-kerasnya kenyataan di muka surat 3 buku itu yang menyebut “Jho was also friendly with a key player in Terengganu, the wife of the Sultan, whose acquiescence was needed to set up the fund and he later cited her support as having been crucial to his obtaining the advisory position”.

“Sultanah juga tidak pernah pada bila-bila masa mengenali ataupun mempunyai sebarang hubungan dengan penama ‘Jho’ yang tersebut dalam buku itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Oleh demikian penulis buku berkenaan perlu mengambil langkah yang sewajarnya untuk membetulkan fakta dan memohon maaf kepada Sultanah Terengganu atas kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu.

Buku “The Sarawak Report: The Inside Story of the 1MDB Expose” yang menceritakan kisah sebalik siasatan skandal 1MDB oleh editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dilancarkan pada 8 September.

Untuk rekod, 1MDB bermula sebagai TIA, iaitu tabung kekayaan berdaulat yang bertujuan memberi pembangunan ekonomi kepada Terengganu untuk jangka panjang dan melestarikan sosio-ekonomi rakyat negeri itu secara amnya.

Ia ditubuhkan pada 2008 dan kemudiannya bertukar taraf kepada koperasi perbadanan diberi nama 1MDB pada Januari 2009.
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Kitab rujukan kaki fitnah. The SAHIH Sarawak Report.

    BalasPadam