Header Ads

ads header

Flash News

Bila dah jadi kerajaan Kes pegawai Mat Sabu mudah aje selesai



KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir memberitahu isu pegawai kanan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini telah selesai.

Katanya, pegawai itu juga telah mengangkat sumpah sebagai setiausaha politik kepada Mohamad baru-baru ini, malah pelantikan itu ditapis oleh Pejabat Perdana Menteri sendiri.

“Semua pegawai yang dilantik oleh menteri ditapis oleh (pejabat) perdana menteri sebab selepas tu mereka akan angkat sumpah di depan perdana menteri.

“Jadi kalau ada laporan, orang akan lapor, lepas tu SPRM akan siasat.

“Sekarang perdana menteri sendiri sudah luluskan dan beliau telah angkat sumpah sebagai setiausaha politik. Isu ini dah sudah selesai, katanya kepada pemberita dalam sidang media di Wisma Amanah, hari ini.

Mohd Anuar berkata demikian ketika mengulas perkembangan kes pegawai Mohamad yang disiasat SPRM kerana didakwa menerima RM800,000 daripada beberapa pihak untuk membantunya menyelesaikan hutang dan keluar daripada status muflis.

Terdahulu, pembantu kepada Mohamad itu diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi sebelum Amanah ditubuhkan.

Laporan FMT yang memetik sumber sebelum ini berkata pembantu itu menemui “kawan-kawan rapatnya” seramai 12 orang untuk membantu beliau menyelesaikan hutang peribadinya berjumlah kira-kira RM800,000, sekali gus melayakkannya menerima pelantikan sebagai pegawai di Kementerian Pertahanan.
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan: