Header Ads

ads header

Flash News

Sultanah Terengganu tetap saman Rewcastle-Brown selepas mohon maaf


PETALING JAYA: Sultanah Terengganu tetap memfailkan saman fitnah terhadap Clare Rewcastle-Brown, walaupun editor Sarawak Report itu sudah memohon maaf terhadap dakwaan mengaitkan Sultanah Nur Zahirah dengan skandal 1MDB dalam bukunya.

Peguam, Datuk Mohd Haaziq Pillay yang mewakili sultanah berkata, kenyataan Rewcastle-Brown semalam bukannya permohonan maaf.

“Kami akan menjelaskan lebih lanjut dalam sidang media esok,” katanya ketika dihubungi.

Buku Rewcastle-Brown yang dilancarkan 8 September lalu itu menceritakan siasatan ke atas skandal 1MDB.

Semalam, Sultanah Terengganu dilapor memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown yang mendakwanya rapat dengan Low Taek Jho, ahli perniagaan terbabit dalam skandal 1MDB dan diburu pihak berkuasa.

Susulan itu, Sarawak Report berkata, sultanah salah faham terhadap kandungan buku “The Sarawak Report: The Inside Story of the 1MDB Expose” dan percetakan semula buku itu sudah mengeluarkan nama sultanah.

Portal itu berkata, buku itu pada asalnya menyatakan Jho Low bangga dengan hubungan sosialnya dengan kerabat diraja, termasuk Sultanah Nur Zahirah yang membuka peluang untuknya dilantik penasihat Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA).

“Atas dasar ini, cetakan semula buku itu membuang nama sultanah, sebaliknya merujuk adik sultan sebagai hubungan sosial utama Jho Low di Terengganu.”

Pada 14 September lalu, setiausaha Dewan Pangkuan Diraja Terengganu menafikan pembabitan Sultanah Nur Zahirah sama ada secara langsung atau tidak dalam sebarang urusan pentadbiran kerajaan dan penubuhan TIA yang menjadi pelopor 1MDB.

TIA ditubuhkan pada 2008 dan kemudiannya bertukar taraf kepada koperasi perbadanan yang diberi nama 1MDB pada Januari 2009.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Jika Sultanah Terengganu tetap memfailkan saman fitnah terhadap Clare Rewcastle-Brown (editor SR), barua dan pemimpin-pemimpin pakatan Syiah-liberal-kafir harbi akan menjadi cacing kepanasan kerana peranan mereka akan terbongkar dalam mahkamah.

    BalasPadam
  2. Dulu menjajah untuk jadi kaya. Kini memfitnah untuk jadi kaya. Lepas ini jadi batu api untuk jadi kaya. Last-last jadi kaya untuk disapu atas roti lalu dimakan oleh semut dan anai-anai.

    BalasPadam
  3. ingat cetak semula boleh pulihkan nama org ke? semua puak2 mahacai konfom baca terus pcaya

    BalasPadam