Header Ads

ads header

Flash News

'Theory PD 116' Kerajaan Boleh Bertukar?


Adakah pengakhiran Kerajaan Tun dan PH?

KENAPA ANWAR PILIH PORT DIKSON?
Kenapa PD? Kan banyak lagi kawasan selamat yg boleh dipilih tanpa sebarang penghalang utk kemenangan dgn majoriti besar utk PRK kali ini.

PORT DIKSON / TELUK KEMANG

PD sebenarnya tercatat sejarah sebelum ini merupakan kubu kuat kepada BN, ini tidak blh dinafikan kerana siapa tidak kenal dgn TS Isa Samad, dulunya dikenali Hero Teluk Kemang (kini PD) terlalu kuat dan kebal utl ditumbangkan, dengan isu Felda keatasnya pun di PRU atau PRK dia tetap menang bergaya.

Bagaimana pun akhirnya dia ditumbangkan diluar medan pilihanraya dgn strategi PR yg mengheret beliau dgn pelbagai tuduhan dan tambahan aib sebagai rumusan utk rakyat terutama di PD menolak beliau sebagai wakil rakyat dgn tindakan keatasnya bukan semasa beradu menang di PRU.

Rakyat di PD yg majoritinya dari kaum Melayu dan India sebenarnya dari golongan Peneroka, Petani dan Nelayan sudah tentulah memilih beliau kerana YB dari kalangan Menteri atau pemimpin besar memberi bonus dan perhatian keatas PD, kerana itulah PD adalah kubu kuat utk BN, kalau diikutkan senario kaum maka sdh blh kita katakan PD dihuni oleh parti UMNO, PKR dan PAS mengikut komposisi kaum yg ada.

Ini bermaksud kekuatan DAP dan PBBM tidak disini, bertambah pelik kenapa Anwar tetap pilih PD? Bukankah banyak tempat lain yg lebih terjamin dan selamat untuk Anwar. Apa yg DAP dan PBBM mampu buat bukan dikawasan mereka?

KENAPA PD JUGA?
Ini bermaksud gelangan PRK yg penonton besarnya UMNO, PKR dan PAS, bukankah kawasan yg juga ada penyokong DAP PBBM dapat membantu Anwar, malah bukankah mereka juga blh memastikan kemenangan bergaya dgn majoriti lebih tinggi serta dari segi jentera bukan masalah besar lagi.

PBBM dan DAP bermaksud ancaman jika mereka diantara yg berkempen atau membantu di PD. Rakyat mmg banyak telah diinaya dan dihukum oleh kerajaan TUN dan PH ketika ini, cuba bayangkan apa yg PH dah buat utk rakyat di PD.

Bonus dihapuskan, harga sawit jatuh tergolek, janji utk hapuskan hutang mereka rupanya kencing tipu PH, bantuan dimansuhkan, subsidi nelayan mansuh, pesara tentera dikhianati dgn penukaran YB yg bukan kerana meninggal dunia dan banyak lagi kerja DAP dan PBBM yg menyebabkan rakyat PD menyimpan parut dan dendam, kini PRK pula yg menyebabkan negara bakal rugi 4 juta hanya kerana utk Anwar jadi PM 8. Jadinya DAP dan PBBM ibarat tuba dan bukannya madu utk PD.

PD MEMASTIKAN ANWAR SEBAGAI PM 8?

Tak semestinya PD blh menentukan Anwar sebagai PM8 spt janji Tun dan DAP sebelum ini, bukankah utk menuntut janji dari hasil menumpang PKR blh dipastikan dituntut dgn bertanding di Langkawi sahaja. Anwar bakal dapat laluan Ekspress sebagai PM baru bagi PH. Lagi pun Tun dan DAP sudah berjanji menyerah takhta PM utk Anwar? Tidak perlu bazir duit rakyat dan hasrat tercapai, Tun blh diletakan sebagai penasihat atau barisan CEO negara spt Tun Daim, Zetty atau Robert Kuak.

Bukankah PH sdh sebagai kerajaan, hanya perlu menyerahkan tampok pemerintah nom satu kepada Anwar sahaja. Kita dapat lihat TUN dan sekutu kuatnya DAP telah pun mengakui negara semakin gemilang dgn pentadbiran mereka kini....

APAKAH PILIHAN KERAJAAN KEHENDAK ANWAR?

Kerajaan yg dibentuk oleh TUN dan DAP sdh pun tersedia, kenapa anwar tidak seghairah semasa beliau dipenjara, kalau dilihat Anwar tidak lansung menunjukan kemarahan atau memuji kerajaan yg kini dikuasai TUN dan DAP. Adakah pilihan lain atau kerajaan sekarang tidak lansung memenuhi bayangan atau impian beliau?

Kita boleh rumuskan disini, kalau kerajaan yg telah nampak berjaya memikat dan mendapat restu rakyat, maka sudah tentulah dia boleh terima. Sebaliknya kalau ianya merupakan neraka kepada rakyat, makanya sudah tentulah Kerajaan Baru edisi Anwar yg tiada kaitan dg PH lebih memudahkan beliau kerana tak kan semua kerosakan Anwar kena tanggung.

Kita boleh nilaikan sebagai rakyat, adakah kerajaan hari ini yg dikehendaki rakyat? Mana mungkin ianya bersih dan ketika ini satu malaya telah pun ditipu hidup-hidup malah dihukum dgn pelbagai kemansuhan batuan, kenakan cukai, tipu semua janji, menjelekan sifat pemerintah terhadap PM 6, Perasuah bebas, Hakim negara, YB dan kaitan semuanya kroni. Malah mana mungkin Anwar boleh bebas dgn kehadiran orang kuat TUN yg diberi kuasa menentukan spt Daim, Zetty, Robert, Guan Eng, Zuraida, Azmin dan banyak lagi yg bakal mengerumuni Anwar disetiap pegerakan.

Kerajaan baru adalah resolusi utk jawapannya. Disini beliau blh menjadi PM dgn tiada segala bentuk keburukan yg sudah pun PH calarkan kepada rakyat. Anwar juga bukan orang yg patut dipertanggung jawabkan hasil kerosakan TUN dan DAP sebagai badi atau najis yg ditinggalkan TUN dan DAP. Tentunya dipenjara Anwar sudah banyak belajar utk tidak silap kelai kedua.

MAMPUKAH ANWAR MEMBENTUK KERAJAAN?

Adakah Anwar terpaksa bergantung dgn kerajaan TUN yg ada hari ini utknya? Terima apa sahaja yg ada, buruk baik terpaksa ambil dari Tun dan DAP.

Mungkin ramalan itu yg digambarkan oleh Tun bahawa Anwar terpaksa akur dan terima apa sahaja warisan darinya tanpa pertikaikan. Sebenarnya tidak.... tidak sama sekali, Anwar tidak perlu terpaksa terima, ugutan atau segala ramalan tidak diperlukan utk Anwar membentuk kerajaan nya.

Cuba kita kira bagaimana Anwar boleh buat kerjaannya sendiri tanpa DAP, TUN dan semua jemaah menteri yg ada. Mudah sungguh malah Tun, DAP dan Kroni dah boleh bungkus dan berambus terus.
Dengan gabungan yg ada Anwar dah boleh buat kerajaan barunya, UMNO 51, PKR 47, PAS 18 sudah cukup bagainya membentuk kerajaan baru yg bersih dari segala perlakuan terdahulu oleh PH yg menipu rakyat dgn janji dan ternyata gagal dalam banyak pekara membuatkan rakyat sukar menerima dan rasa tertipu dan dihukum zalim oleh PH.... PH yer bukan Anwar.

Malah masih ada BONUS dgn MIC 2, MCA 1, tidak termasuk yg akan paling tadah dan lompat terutama yg terpinggir oleh kerakusan DAP Guan Eng yg terlalu kamcing dgn TUN. Jadi soal membentuk kerajaan DAP dan PBBM bukan keperluan utk beliau.

DAH BOLEH BAYANGKAN KAITAN KERAJAAN DAN PD?

Menang atau kalah Anwar di PRK PD sebenarnya tidak menghalang usaha belaiu utk membentuk kerajaan baru. Begitu juga UMNO atau PAS yg akan bertanding di PD juga tidak boleh membentuk kerajaan semula.

Dalam suasana PD yg majoriti pengaruh dari 3 parti utama ini PKR, UMNO dan PAS yg mendemonasi pengundi utama di PD maka tak sukar sgt jika Anwar bertanding dgn baik, berhemah dan Aman tentunya rakyat akan menaruh harapan baru kepada rakyat PD dan Malaysia terhadap Anwar sebagai PM dan Kerajaan Baru.

Kalau spt kebiasaannya rutin kali ini PAS pula berikrar membantu UMNO utk PRK PD, maka makin mudahlah Anwar punyai kawan baru atau lebih tepat lagi Anggota Kerajaan BARU yg menjadi harapan Rakyat yg haus dgn keamanan dan kemajuan yg tertunggak akibat tertipu utk lebih baik dgn janji PH yg menipu di PRU 14 yg lepas.

Apa lagi disaat akhir pula calon BN umum tarik diri atau tidak bertanding menandakan Anwar sudah ada Kerajaan baru yg bakal dibentuk manakala Tun dan DAP sudah boleh berkira utk berhincit dari Putrajaya dan bersedia menerima hukuman seperti mana mereka menghukum pemimpin yg difitnah dan Rakyat yg dizalimi.....

UMNO : TIADA MASALAH, paling jelas kawan yg menjatuhkan spt MCA, MIC, Gerakan yg sebenarnya merupakan sial kekalahan yg ada sebelum berperang disetiap kali PRU sudah boleh dibuang. Bayangkanlah setiap kali PRU dikalangan merekalah sebenarnya kekalahan sudah pun ada di BN sebelum diundi dalam PRU. Yang setia dan dikenal pasti blh jamin kemenangan blh meneruskan sbgai kompenan yg baik.

PAS : PUN TIADA MASALAH

Pas akan dilihat lebih baik dan mempunyai rakan yg lebih mantap dam setia berbanding sebelum ini spt DAP, AMANAH yg mengkhianati dan PKR juga telah dibersihkan kerana mereka yg berkepentingan kini sdg bersama TUN dan DAP atau lebih tepat lagi talibarut
Guan Eng selama ini dlm paryi PKR

SABAH & SARAWAK : Sudah tentulah mereka akan kembali kepada kerajaan Baru yg menjaminkan mereka. Dan inilah juga GRAND BONUS utk Anwar yg boleh mengekalkan beliau serta sokongan seluruh negara bersamanya,,,,

NAMPAK TAK ' THE THEORY PD 116'

Nampak pelik tetapi tak boleh dinafikan boleh berlaku, in sha Allah taala. Rakyat dizalimi sdg berdoa. Kunfayakun....

@ artikel dari Pejuang siber dalam pertapaan.
Tq Otai....






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan