Header Ads

ads header

Flash News

Kumutha dipilih Wanita Cekal Pas


KUALA TERENGGANU 14 Sept. - Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), R.Kumutha, 39, menerima penghargaan sebagai Wanita Cekal Pas dalam Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini hari ini.

Penghargaan itu diberikan atas sumbangan dan jasa anak jati Johor Bharu ini yang sentiasa komited dalam perjuangan bersama Pas sejak tahun 2008 lagi walaupun terpaksa berperanan dalam keadaan sukar.

Kumutha berkata, dasar Islam yang jelas berdasarkan Al-Quran dan Sunnah menjadi titik tolak yang mengikatnya untuk terus istiqamah dengan parti itu hingga kini.

“Saya terkejut kerana tidak sangka dipilih menerima anugerah ini. Saya menyertai DHPP sekembalinya daripada tamat belajar di United Kingdom.

“Saya tertarik dengan Pas selepas melihat kehidupan bukan Islam yang aman damai tanpa diskriminasi di bawah pentadbiran parti ini di Kelantan yang terajui Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya kepada pemberita.

Kumutha yang juga merupakan Ketua DHPP Johor merupakan calon bukan Melayu yang bertanding menggunakan tiket Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Selain itu, dia turut pernah menjadi calon dalam dua PRU lain iaitu pada 2008 dan 2013.- UM


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan