Header Ads

ads header

Flash News

Tidak Disiasat SPRM, Tapi Didakwa Untuk Takut Peguam


Lazimnya seseorang itu didakwa di mahkamah selepas disiasat namun tidak kepada Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah apabila tiba-tiba dituduh tanpa diambil keterangan pihak berwajib.

Justeri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa pertuduhan terhadap Muhammad Shafee hari ini boleh dilihat sebagai satu langkah untuk menakutkan atau halang beliau dan peguam lain daripada mewakilinya di mahkamah.

Bekas perdana menteri itu turut mendakwa bahawa pertuduhan terhadap Muhammad Shafee sebenarnya merupakan satu tindakan untuk menafikan hak beliau bagi dapat perbicaraan yang adil pada awal tahun depan.

Ini kerana peguam belanya itu didakwa pendakwa raya di mahkamah mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

“Membuat dakwaan terhadap Tan Sri Shafee hanya kerana menerima pembayaran bagi khidmat guamannya adalah satu duluan (precedent) perundangan yang berbahaya buat semua peguam, ahli profesional dan perniagaan.

“Tiada siapa akan selamat jika kerajaan memilih untuk menjadikan anda sebagai mangsa atau melakukan penindasan terhadap anda,” kata Najib menerusi hantaran satu kenyataan dalam akaun sosial Facebook hari ini.

Najib mendakwa pemilihan masa bagi tuduh Muhammad Shafee mengejutkan kerana beliau masih tidak diambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau berpeluang beri bukti dokumen berkaitan.

“Ini bermakna siasatan masih lagi belum lengkap sebelum Tan Sri Shafee dituduh di mahkamah,” kata Najib. Muhammad Shafee merupakan peguam utama yang mengetuai barisan tujuh peguam bela yang mewakili Najib.

Bekas Presiden UMNO itu didakwa pada 4 Julai lalu atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kedudukan untuk kepentingan peribadi melibatkan RM42 juta berkaitan syarikat SRC International Sdn. Bhd.

Muhammad Shafee juga mewakili Najib ketika didakwa pada 8 Ogos lalu atas tujuh pertuduhan termasuk tiga pertuduhan baharu iaitu didakwa menerima wang berjumlah RM42 juta hasil daripada pelbagai aktiviti haram.

Ia kononnya dikaitkan dengan dana syarikat SRC International, empat tahun lalu. Namun Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengetuai pasukan pendakwaan secara tiba-tiba tarik diri akhir bulan lepas. – Agensi/Mynewshub.TV


MR : kerajaan PH sekarang bukan lagi kerajaan rakyat tetapi kerajaan kroni dan rakus serta zalim....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. yang bejat kena siasat

    namun rakyat dan dunia tidak buta

    double standard (DS) adalah lebih bejat

    DS lebih merosakan dari kebejatan

    BalasPadam