Header Ads

ads header

Flash News

Turun harga petrol RM1.50 tiada dalm manifesto PH



KUALA LUMPUR - Kerajaan tiada rancangan untuk menurunkan harga petroleum sehingga ke paras RM1.50 seliter.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, kerajaan tiada rancangan sedemikian kecuali jika harga minyak mentah dunia turun ke paras itu.

Malahan, katanya manifesto PH bagi PRU14 tidak menyenaraikan perkara itu sebagaimana yang didakwa segelintir pihak.


"Saya mencari di mana RM1.50 (disebut) dalam buku PH, tetapi tidak ada. Tidak tahulah jika ada pihak yang dalam keghairahan berkempen menjanjikan perkara itu," katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Ng Chiang Chin mengenai jumlah subsidi minyak yang dibelanjakan dan rancangan kerajaan untuk menurunkan harga minyak ke RM1.50 yang dikatakan dalam manifesto PH.

Amiruddin berkata jumlah subsidi petrol bagi RON95 dan diesel yang ditanggung kerajaan bagi tempoh Mei hingga Julai lalu adalah sebanyak RM1.667 bilion.

Katanya, pada masa ini kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing pada paras RM2.20 dan RM2.18 seliter walaupun harga sebenar pasaran adalah lebih tinggi daripada harga yang dikekalkan.

Beliau berkata mekanisme terperinci mengenai pelaksanaan sistem subsidi petroleum secara bersasar sedang dikaji dan akan diumumkan setelah ia dimuktamadkan.

Menerusi sistem subsidi bersasar itu, subsidi petrol diberikan pada kadar yang sesuai setiap bulan dan mengikut satu kuota yang ditetapkan kepada golongan kumpulan berpendapatan isi rumah 40 peratus terendah (B40).

"Subsidi ini diberi kepada golongan yang layak untuk kegunaan motosikal 125cc ke bawah dan kereta 1300cc ke bawah," katanya.- Bernama
 

MR : Mula-mula kata tak sempat, sekarang tak ada, lepas ni naik harga minyak... padan muka percaya kepada PH....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. padam muka pada yang gatal tangan penaikkan BN2.0. kalaulah depa beri undi pada pakatan sejahtera, tidaklah ada yang malu alah sebegini teruk. subsidi tak dapek, bantuan itu ini tak dapek. cian! nasi dah jadi bubur, menang sorak saja yang dapek walhal semua tergadai.

    BalasPadam