Header Ads

ads header

Flash News

Adun SEMSENG Pengkalan Batu mohon maaf terkasar bahasa, terlanjur kata


PETALING JAYA: Adun Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee yang tular di media sosial kerana bergaduh dengan penduduk Kampung Nibong, Melaka hari ini memohon maaf atas kekasaran bahasa dan keterlanjuran kata.

Wakil rakyat DAP itu berkata dia akan memperbaiki kelemahan diri dan bertekad untuk terus berkhidmat.

“Saya sedar bahawa insiden yang tular di media sosial sejak petang semalam telah memberikan imej negatif kepada diri saya sebagai wakil rakyat dan kerajaan yang saya wakili.

“Suka saya tegaskan sebagai Adun yang dipilih oleh rakyat, saya mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan hidup penduduk terutamanya rakyat yang saya wakili dalam kawasan saya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Video yang tular baru-baru ini memaparkan Norhizam bertengkar dengan sekumpulan penduduk Taman Akasia di Kampung Nibong yang tidak berpuas hati dengan penutupan jalan pintas ke Taman Kerjasama di Bukit Beruang.

Norhizam berkata jalan itu ditutup kerana penduduk lain di kawasan itu tidak selesa dan risau akan keselamatan mereka.

“Lebih-lebih lagi keselamatan anak-anak kecil. Jalan itu sering digunakan oleh orang awam dan berada betul-betul di hadapan kediaman mereka. Beberapa kemalangan melibatkan kanak-kanak kecil telah berlaku,” katanya.

Ketua menteri mohon maaf

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka Adly Zahari memohon maaf kepada penduduk terlibat bagi pihak kerajaan negeri dan Pakatan Harapan.

Adly membidas kekasaran bahasa dan keterlanjuran kata Norhizam dan tidak wajar dilakukan seorang wakil rakyat dan exco kerajaan negeri.

“Bahasa itu tidak seharusnya digunakan walaupun kita diprovokasi. Sebagai pemimpin perlu tunjukkan contoh yang baik,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata Norhizam harus mendepani cabaran tugasnya dengan lebih baik.

“Setiap tindakan kita itu akan dilihat oleh masyarakat secara keseluruhan, apatah lagi pelajar sekolah,” katanya.
MR : Minta maaf kerana dipaksa demi politik PH.. Ini lakonan terbaik juga....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan