Header Ads

ads header

Flash News

PAS mahu lakar kejutan


PORT DICKSON: PAS yakin mempunyai ruang untuk melakukan kejutan, termasuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, tiga hari lagi.

Calon PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar, lega kerana dapat bersama jentera parti bergerak hampir di semua kawasan berjumpa pengundi.

“Memang saya tidak mampu berjumpa semua pengundi dalam Parlimen Port Dickson, tetapi jentera PAS turut mengedarkan risalah kepada pengundi.

“Setiap hari selepas solat Subuh, saya dan jentera bergerak mengikut kawasan yang dijadualkan.

“Saya harap pengundi PAS dan ahli UMNO akan keluar mengundi pada 13 Oktober ini,” katanya kepada pemberita selepas berkempen di Kampung Jimah Baru di Lukut, dekat sini, hari ini.

Beliau turut berpuas hati dengan proses undi awal yang berlangsung semalam.

“Saya bersarapan dengan anggota tentera di gerai berhampiran kem hari ini dan ada yang mengaku teruja kerana PAS bertanding dalam PRK Port Dickson ini.

“Anggota dan veteran tentera amat dekat dengan jiwa saya dan mereka tahu saya adalah wakil suara mereka di Parlimen jika memenangi PRK ini,” katanya.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan