Projek mesra rakyat: PAS kesal Guan Eng masih membisu
BANGI, 29 Muharram 1440H, Selasa – PAS kesal dengan sikap membisu
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung status pemansuhan lebih 4,000
projek mesra rakyat yang bernilai kira-kira RM 130 juta, di setiap
Parlimen seluruh negara.
Ketua Penerangannya, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, projek-projek
tersebut telah lulus tetapi dibatalkan, sedangkan ia mempunyai
kepentingan yang sangat signifikan kepada rakyat.
Serentak itu, PAS sekali lagi menuntut penjelasan Menteri Kewangan,
berhubung projek mesra rakyat di setiap Parlimen (kecuali Wilayah
Persekutuan dan Perlis) yang dibatalkan oleh kerajaan.
"Maklumat ini telah dibundarkan dan berdasarkan anggaran yang boleh
dikemukakan sahaja. Antara negeri tersebut adalah Johor sebanyak 800
projek berjumlah RM9 juta, Perak 600 projek berjumlah RM20 juta, Negeri
Sembilan 500 projek berjumlah RM9 juta, Kedah 500 projek berjumlah RM9
juta dan Sarawak 500 projek berjumlah RM42 juta.
"Oleh sebab itu, Menteri Kewangan mesti memberi penjelasan berhubung
perkara ini supaya projek-projek yang melibatkan kepentingan langsung
kepada rakyat dapat diteruskan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau bekata, PAS menyambut baik respon yang diberikan Timbalan Menteri
Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir semalam yang meminta rakyat tidak
percaya dengan khabar angin kononnya kerajaan Pakatan Harapan akan
membatalkan semua projek-projek pembangunan yang diluluskan kerajaan
terdahulu.
Katanya, khabar angin sedemikian sengaja ditimbulkan pihak tertentu yang
tidak berpuas hati dengan corak pentadbiran kerajaan sekarang yang
lebih telus serta untuk menakut-nakutkan rakyat.
Bagaimanapun, Ustaz Nasrudin berkata, maklumat 4,000 projek yang dimansuhkan sehingga akhir bulan Julai 2018 bukan khabar angin.
Tegasnya, ia adalah maklumat yang perlu dijelaskan oleh Menteri Kewangan.
Sumber: https://www.ismaweb.net
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
IKLAN BERBAYAR :


Tiada ulasan