Header Ads

ads header

Flash News

Akhirnya Mujahid melaksanakan cita-cita dan misi G25


Pada 13 Disember 2015 dahulu geng sesat G25 memperjuangkan hak kebebasan melakukan Maksiat.

Berita mengenai lantangnya suara G25 menentang pencegahan maksiat telah diwar-war pada akhbar Disember 2015, antara lain ialah;

Kumpulan G25 mempertahankan kenyataannya mengenai undang-undang khalwat dengan mengatakan bahawa ia adalah satu ilustrasi terhadap pendiriannya tentang kepolisan moral.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman webnya pada Sabtu, kumpulan itu menyatakan kebimbangan ke atas kenyataan yang dibuat oleh beberapa pegawai agama dan individu lain yang mengutuk atau mengeluarkan ancaman terhadap Datuk Noor Farida Ariffin ekoran komen yang dilakukannya Ahad lalu pada sidang akhbar selepas forum Islam dalam Demokrasi Perlembagaan anjuran G25.

"Kami ingin menegaskan bahawa kenyataan mengenai undang-undang khalwat hanyalah ilustrasi pendirian kami berhubung kepolisan moral yang merupakan salah satu isu yang diketengahkan dalam surat terbuka kami yang dialamatkan kepada Perdana Menteri bertarikh 7 Disember 2014.

"Kami juga telah menimbulkan kebimbangan kami dalam surat terbuka mengenai keadaan semasa di mana badan-badan agama seolah-olah menegaskan bahawa pihak berkuasa menjalankan tugas di luar bidang kuasa mereka, di mana mereka mengeluarkan pelbagai fatwa yang bercanggah dengan

Perlembagaan Persekutuan dan melanggar proses demokrasi syura dan di mana mereka yang mempunyai pandangan berbeza mengenai isu-isu agama dituduh sebagai anti-Islam, anti-monarki dan anti-Melayu dan yang paling penting, di mana penggunaan Akta Hasutan kekal sebagai satu ancaman berterusan untuk menutup mulut sesiapa sahaja yang mempunyai pandangan berbeza.

"Perkembangan ini menjejaskan komitmen Malaysia terhadap prinsip-prinsip demokrasi dan kedaulatan undang-undang, menyemai ketaksuban dan tidak bertoleransi, dan mencetuskan peningkatan kebimbangan terhadap keamanan dan kestabilan negara.”


Perkara ini telah diulas oleh penulis blogger Nordin bin Ali di blognya. Anda boleh baca pada artikel "Menyelongkar Pemikiran Sesat Yang Didokongi AMANAH" di "http://nordinali.blogspot.com/2015/12/menyelongkar-pemikiran-sesat-yang.html"

Saya ambil sebahagian daripada tulisan Nordin bin Ali untuk renungan bersama bahawa agenda meliberalkan Islam telah lama dan sebahagian daripada agenda parti AMANAH. Nordin menulis...

Saya ada beberapa video yang Zulkifly Ahmad ini menyebut negara Islam tidak disebut dalam Al Quran dan mempersoalkan adakah negara Islam itu negara hukum?

Zulkifly Ahmad dan Mujahid Yusof Rawa ini adalah orang sealiran dengan Dr Farouk Musa pengasas serta pengarah Islamic Ranaissance Font (IRF).

Mungkin ada yang ingin tahu, apa benda itu IRF??

IRF ini adalah mereka yang mewujudkan satu pemikiran Islam liberal di Malaysia. Boleh juga dikatakan kumpulan Islam domokrat. Aliran pemikiran ini yang menjadi 'tuhan' kepada geng AMANAH.

1 Ogos 2013 IRF telah menentang usaha kerajaan untuk membendung fahaman Syiah di Malaysia dengan mendakwa kononnya Islam menerima kepelbagaian pendapat.

8 Oktober 2014 IRF dan Global Movement of Moderates Foundation (RSIS-GMMF) membawa tokoh Jaringan Islam Liberal Indonesia, JIL, Ulil Abshar Abdalla ke Malaysia. Kedataangan tokoh Islam liberal Indonasia ini di tentang oleh NGO Islam di Malaysia.


7 Disember 2015 kumpulan G25 mencadangkan supaya hukuman terhadapa perbuatan khalwat dimansuhkan kerana ia dianggap mereka sebagai melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan.

Menurut jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, berdasarkan prinsip Perlembagaan Malaysia, mereka menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu.

"Perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan Allah kecuali jika dilakukan di kawasan awam, namun Malaysia adalah satu-satunya negara yang menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan itu."

“Ini bertentangan dengan Islam. Apa orang buat di dalam rumah sendiri, anda tidak boleh ketuk pintu pada pukul 3 pagi dan menahan mereka, ini bertentangan dengan prinsip perundangan Islam, dosa peribadi adalah antara diri sendiri dengan Allah.

“Anda boleh masuk neraka atau tidak, atau apa sahaja tetapi bukan urusan undang-undang menghukum anda ke dalam penjara kerana melakukannya secara privasi di rumah, bukan taman awam,”
tegasnya dalam sidang akhbar selepas Forum Islam Dalam Demokrasi Berparlimen di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM).

Pada forum ini Zulkifly Ahmad menyebut AMANAH
bersifat terbuka untuk berbincang bagi menghormati hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Kenyataan G25 di sokong pula oleh Ustaz AMANAH.



Semoga penyokong dan pendokong AMANAH insaf dan bertaubat kepada Allah s.w.t. atas kesilapan yang dilakukan.

3Z

MR : Sesat dalam jalan dakwah.. tertipu dengan iblis kerana menyangka sudah berada pada jalan benar....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. Tak hairan nanti permis persendirian akan jadi sarang pelacur eksklusif seperti "Playboy Mansion" .

    Pesta buih , pesta Seks , Oktoberfest akan diadakan dalam rumah dan kediaman para elit dan tiada siapa yang akan dapat menegur dan menegah.


    Malaysia menunggu bala dan azab Allah.

    Kubur lain-lain tapi azab Allah tak akan mengwnal sesiapa.

    BalasPadam
  2. Ya ALLAH kau gantikanlah menteri agama Malaysia ini dengan yang lebih baik Ya ALLAH.

    BalasPadam