Header Ads

ads header

Flash News

Altantuya: Deepak mungkin dipanggil


KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menolak kemungkinan ahli perniagaan, J Deepak akan dipanggil untuk membantu siasatan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini susulan kenyataan baharu oleh Deepak yang mengaitkan kes tersebut dengan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Kalau ini dianggap bukti atau maklumat baharu yang ada asas, kita boleh ambil tindakan. Kemungkinan kita akan panggil Deepak dulu untuk dapat kenyataan sebenarnya.

"Kalau disabitkan dalam kenyataan itu nama yang disebutkan tadi (Najib) dan dia perlu disiasat, maka kita akan ambil tindakan sewajarnya. Ini perkara yang penting untuk dapatkan keputusan muktamad dalam kes Altantuya," katanya ketika menggulung Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) di Dewan Rakyat hari ini.

Baru-baru ini, tersebar video pendedahan dibuat Deepak yang mengaitkan Najib dan Rosmah dengan pembunuhan Altantuya.

Menurut Muhyiddin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima arahan Peguam Negara pada 10 Oktober lalu untuk menemuduga semula beberapa orang saksi bagi kes Altantuya.

"Sekiranya terdapat bukti baharu, mana-mana pihak boleh kemukakan pada PDRM untuk siasatan lanjut," katanya.

Altantuya dibunuh secara kejam pada 2006 di kawasan hutan di Puncak Alam dengan kepalanya dilapor ditembak sebelum badannya diletupkan dengan bom C4.

Kes berkenaan selepas dibicarakan mendapati dua pegawai polis yang menjadi pengawal pengiring Najib yang juga merupakan perdana menteri ketika itu didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati.


MR : Makin hari makin banyak yang terbongkar....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan