Header Ads

ads header

Flash News

ICERD: Pas, UMNO gusar masa depan Melayu, Islam


KOTA BHARU 30 Okt. - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini menyaksikan kedua-dua belah pihak iaitu kerajaan negeri dan pembangkang berkongsi pandangan sama berkaitan Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Kedua-dua belah pihak bersetuju tindakan kerajaan Persekutuan mahu meratifikasi ICERD menimbulkan kebimbangan kerana dikhuatiri menjejaskan kedudukan kaum bumiputera dan agama Islam di negara ini.

Timbalan Menteri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan Pas Kelantan akan terus mempertahankan hak-hak keistimewaan orang Melayu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

"Secara rasmi kita belum berbincang isu ini dengan Pusat tetapi kita berpegang teguh kepada Perlembagaan negara terutama membabitkan Perkara 152, Perkara 59 dan lain-lain.

"Kita mempertahankan perkara ini sejak dahulu lagi kerana tanah ini milik orang Melayu. Orang India ada benua India, orang Cina ada benua China maka tanah Melayu adalah milik orang Melayu,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Md. Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) berhubung pendirian kerajaan negeri terhadap langkah diambil kerajaan Persekutuan yang dikatakan komited mahu meratifikasi konvensyen berkenaan.

Sementara itu, Md. Alwi yang juga Ketua Pembangkang menggesa kerajaan Pusat supaya tidak tergesa-gesa menandatangani sebarang perjanjian antarabangsa seperti ICERD kerana memberi kesan besar terhadap orang Melayu dan kaum lain.

"Parti-parti seperti UMNO, MCA dan MIC kena haram, malah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) iaitu parti Perdana Menteri sendiri pun kena haram sebab berasaskan kaum. Pas juga kena haram sebab ada nama Islam.

"Dari segi implikasinya terhadap insitusi pula, banyak yang akan terjejas seperti Mara, PNB (Permodalan Nasional Berhad), malah mungkin Tabung Haji juga kena haram sebab hanya untuk orang Islam sahaja," katanya.

Tambah beliau, suatu ketika dulu kerajaan Pusat pernah melakukan kesilapan dengan menandatangani satu perjanjian antarabangsa yang mengharamkan penanaman tembakau.

"Akhirnya Kelantan yang menderita paling banyak kerana kita ada ramai penanam tembakau. Walaupun Lembaga Tembakau Negara (LTN) ditukar kepada Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) namun masih tidak dapat membantu penanam tembakau.

"Negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Filipina, Brunei malah Singapura pun tak tandatangan. Kita pernah buat kesilapan, itu hanya jejaskan penanam tembakau. Tapi ICERD ini besar, melibatkan maruah bangsa dan negara kita," katanya.
MR : Apabila kuasa politik Melayu Islam terhakis, tidak meustahil kedudukan agama Islam sendiri tergugat....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

5 ulasan:

  1. bila anutan agama tidak dicatatkan dalam dokumen rasmi, susahlah pegawai syariah nak buat 'keja'. penguatkuasaan jadi sukar,banyak yang lolos.

    BalasPadam
  2. Pengundi pakatoons, dah siap dah jawapan depan ALLAH nanti????

    BalasPadam
  3. Deklarasi hanyalah pengakuan. Pengakuan harus jujur. Pengakuan yang tidak jujur akan dilihat sebagai alat untuk mendapatkan batuan politik semata2.

    Yang penting bukan deklarasinya tetapi komitmen sebenar di lapangan. Apa yang berlaku di Kashmir, Rohingya dan Uighur adalah gambaran jelas betapa tanda tangan di sekeping kertas tidak ke mana2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ICERD boleh digunakan oleh puak pakatan untuk menghapuskan hak Islam, hak umat Islam dan hak Melayu.

      Padam
  4. Moga allah kuat umat islam bersatu menentang icerd yg ada agenda kepentingan musuh islam.

    BalasPadam