Header Ads

ads header

Flash News

Aminolhuda Hassan bila berkaitan Mujahid nak tanya dulu, kalau PAS terus hentam tak kira fitnah


Kerajaan Johor akan merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa sebelum mengeluarkan kenyataan berhubung isu khalwat, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan.

Beliau berkata pihaknya akan terlebih dahulu mendapatkan maklumat tepat berhubung perkara itu.

“Berkaitan isu itu, biarlah saya dapatkan penjelasan daripada beliau (Mujahid) dahulu, saya dan pihak kerajaan negeri tidak boleh komen dahulu, perlu dapat maklumat yang tepat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Intervensi Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti (FACE) Daerah Batu Pahat 2018 di Sekolah Kebangsaan Seri Telok di Parit Ya’ani, di Batu Pahat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, yang berkata pihak berkuasa agama tidak akan lagi mengetuk dan memecahkan pintu pada waktu malam bagi menyiasat atau melaksanakan operasi khalwat.

Bila cakap pasal Mujahid kena siasat dulu...
Betul Islam ajar macam itu tapi bila pasal fitnah RM90 juta engkau terus buat modal ceramah.

Aku nak bagi contoh terperinci pasal si Aminolhuda Hassan ini.


 Berkenaan ceramah dan kempen anjuran DAP Kulai yang dipengerusikan oleh Wong Shu Qi, ADUN Senai. Antara yang turut hadir adalah Gobind Singh Deo (Ahli Parlimen Puchong), Rafizi Ramli (Pengarah Strategik PKR), Wilson Tin (pelakon), Liew Chin Tong (Ahli Parlimen Kluang), Teo Ni Ching (Ahli Parlimen Kulai), Dr. Boo Cheng Hau (ADUN Skudai), Chew Piak Choo (ADUN Yong Peng), Chen Jia En (ADUN Stulang), Tan Hong Pin (ADUN Mengkibor), Jimmy Puah (ADUN Bukit Batu), Liow Chai Tong (ADUN Johor Jaya), Dr. Ramakrishnan (Timbalan Pengerusi DAP Negeri Johor) dan Aminolhuda Hasan (ADUN Parit Yaani).

Bermula dengan ucapan Wong Shu Qi yang menuduh hudud yang diperjuangkan oleh PAS adalah undang-undang ciptaan dan taktik bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap perlaksanaan GST dan taktik menghalang kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU akan datang, Aminolhuda kelihatan cukup selesa di atas kerusinya. Dalam ucapannya juga Wong Shu Qi berkata, undang-undang hudud dipopularkan untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan katanya lagi, DAP akan MENENTANG SEKERAS-KERASNYA perlaksanaan hukum hudud di negara kita.

Begitu juga dengan ucapan Teo Nie Ching menghentam pelaksanaan Islam. Teo Nie Ching dalam ucapannya berkata, DAP akan menentang sebarang perlaksanaan atau usaha mewujudkan undang-undang hudud di Malaysia. Malah ketika Teo Nie Ching berkata, DAP akan cuba melakukan perbincangan dengan PAS tentang perlaksanaan hukuman hudud agar mendapat satu keputusan yang memberikan kebaikan kepada semua kaum di Malaysia, Aminolhuda sekadar tersenyum dan mengangguk-angguk.

Aminolhuda dalam ucapannya sekadar bercakap tentang kemenangan 'lagi beberapa kerusi' dan harapannya agar Johor tumbang ke tangan Pakatan Rakyat.

Demi nak jatuhkan Johor engkau sanggup khianati perjuangan Islam.
Kini Allah bagi engkau jawatan bos agama Johor (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam) apakah engkau akan buat apa yang pernah engkau ucapkan semasa engkau jadi Persuruhjaya PAS Johor??

Allah pastikan akan tunjukkan kebenaraannya bagi mereka yang mengkhianati perjuanganNya.
Hanya masa sahaja menentukan.

3Z

MR : DAP kini tuan kepada Amanah, jadi kena patuh apa sahaja arahan DAP baru boleh bercakap....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Setiap kali kepala bapak kafir harbi biaDAP hina Islam, kepala bapak munafik liberal tersenyum mengangguk-angguk tanda bersetuju dan syaitan dan iblis tersenyum riang melihat manusis sesat akan menemani mereka dalam neraka.

    Kita merasa kasihan melihat puak sesat lagi menyesatkan berlagak bodoh sombong menghina dan menentang Allah dan RasulNya.

    Malanglah bagi mereka jika mereka hanya melihat kebenaran selepas mereka mati. Siapakah yang boleh menolong mereka jika Allah murka terhadap mereka?

    BalasPadam