Header Ads

ads header

Flash News

Mana lebih baik, "sampai nak panjat rumah orang dengan sampai jaja tilam?


Mahathir kalau bercakap semua orang lain salah dia aje betul. Begitu cakap pasal Islam, macam dia ulama besar. Isteri selepas balik  Mekah rasa nak pakai tudung dia tarik muka masam.

Pasal tuduh orang lain dia memang bijak. Dulu dialah yang jaja tilam dengan 13 tompok air mani. Tapi bila tanya sekarang dia kata mahkamah yang menghukum Anwar.

Kan nampak hebat belitannya.

Sekarang dia kata 'Sampai nak panjat masuk dalam rumah orang, itu bukan Islam'

Kadang kala malas nak ulas, pasal yang jadi pengikut dan undi Mahathir jadi PM adalah pendokong PH bukan bodoh. Tapi entah apa sanggup dikencing berkali-kali. Agaknya ilmu apa ATUK MAHATHIR GUNA?

.....

'Sampai nak panjat masuk dalam rumah orang, itu bukan Islam'

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk mencari kesalahan dan keaiban hingga menceroboh privasi orang lain.

Perdana Menteri berkata, tindakan agresif pihak tertentu dalam operasi khalwat sebelum ini hingga menceroboh masuk ke dalam rumah orang lain, tidak mencerminkan Islam yang sebenar.

“Islam tidak suruh kita pergi cari orang, nak cari salah orang saja. (Islam) tak suruh.

“Sampai nak kerabat (panjat) masuk dalam rumah orang, itu bukan Islam,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Penuaan, Pembelajaran dan Teknologi: Menambah Nilai Kehidupan dan Hubungan Komuniti di Petrosains di sini, hari ini.


MR :
Sampai kena kencing hari-hari rasanya lebih baik.. Kan Najib dah jatuh....



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan