Header Ads

ads header

Flash News

Anwar tak minta Mahathir minta maaf, Anwar juga tak minta Azmin mengundur diri


Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah meminta permohonan maaf daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, kata Anwar, beliau sudah memaafkan Dr Mahathir dan berpuas hati bekerjasama dengannya.

“Saya tidak pernah mengharapkan permohonan maaf daripada Dr Mahathir. Saya puas hati dapat bekerjasama dengannya.

“Malah saya juga sudah maafkan Datuk Seri Najib (Razak) atas kapasiti peribadi tetapi beliau perlu menghadapi dakwaan berhubung skandal penyalahgunaan dana awam.

“Dengan Dr Mahathir pula, saya tidak perlu mengulas lanjut kerana beliau sudah berjaya melaksanakan agenda reformasi, malah menerima saya sebagai rakan.

“Dalam hal ini, itu sudah cukup,” katanya seperti dilapor The Star.

Saya setuju itu cakap Anwar untuk 'public'. Anwar memang hebat bercakap dan diakui oleh semua rakan-rakannya. Cakapnya boleh mempengaruhi audion. Nallakaruppan adalah rakan tennis Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah memuji kehebatan Anwar dalam menyesuai diri sehingga dia boleh berupa apa pun.  Nalla kata dia boleh jadi warak dan dia boleh jadi 'syaitan'.

Datuk Shazryl Eskay Abdullah juga sangat mengenali Anwar dan dia juga mengatakan Anwar hebat bercakap dan boleh mengubah yang putih jadi hitam.

Memang Anwar tak minta Mahathir minta maaf, tapi dalam wawancara BBC HardTalk Mahathir kata dia didesak oleh PH untuk minta maaf tapi dia tak berbuat demikian. Habatkan Anwar guna 'proxy'.

Sama juga Anwar tak minta Azmin mengundur diri, tapi semua orang tahu apabila Rafizi mencabar Azmin dalam pemilihan dan mendedahkan banyak perkara sulit yang hanya Anwar sahaja tahu takkan Anwar boleh kata dia tak tahu...

Dua-dua tu kawan, sahabat dan pembantu saya... kata Anwar. Semua orang percaya kerana Anwar boleh mengubah yang putih jadi hitam.

3Z



MR : kerana Anwar rakyat Malaysia bercakaran pendapat.. Malah dalam Jamaah islam pun ada yang bercakaran kerana Anwar.. Semoga Allah tunjukkan mana hitam mana putih.....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Hanya yg putih akan nampak putih itu putih. Hitam itu hitam. Tapi kalau yg hitam dia akan nampak yg hitam itu putih dan yg putih itu hitam.

    BalasPadam