Header Ads

ads header

Flash News

Apa beza PKR dan Umno?


PEMILIHAN untuk jawatan Timbalan Presiden PKR khabarnya semakin sengit dan setakat ini DS Azmin Ali dikatakan mendahului pencabarnya Rafizi Ramli namun dengan kelebihan yang tipis.
Azmin selain menghadapi Rafizi seakan menghadapi juga seluruh keluarga DS Anwar Ibrahim apabila Rafizi berpasukan dengan Nurul Izzah menghadapi Team Azmin.
Kini di penghujung peringkat pemilihan tiba-tiba Rafizi yang ketinggalan mendakwa pemilihan PKR dicemari politik wang.
Benarkah parti yang dibina atas semangat reformasi menentang rasuah, kronisma dan nepotisma hari ini turut terjebak dengan barah politik wang yang dituduhnya pada Umno satu ketika dahulu.
Satu undi bersamaan RM100, itulah nilai lawan untuk mengalahkannya, dakwa Rafizi.
Kalau benar dakwaan ini tidak ada beza PKR dengan Umno. Umno yang berkuasa lebih 60 tahun dikatakan hancur apabila bahana politik wang meresap ke dalam darah daging. Kini PKR pula.
Itu pun kalau betul dakwaan Rafizi. Kalau tak benar dan Rafizi pun banyak terlibat dalam kes memfitnah orang lain, ternyata demi kuasa apa sahaja akan digunakan untuk mencantas dan menghalang pihak lain.
Terbukti politik PKR ini tiada kelihatan punya kekuatan dan kemampuan membela kepentingan ummah dan negara kecuali kepentingan dan agenda peribadi masing-masing.
Budaya fitnah, politik wang dan cah keting sudah menjadi budaya malah mungkin lebih parah dari Umno yang merela serang dan tuduh.
Beringat-ingatlah bangsa dan negaraku. Jangan terlepas mulut buaya rupanya kita terjun masuk mulut harimau.
SPRM jangan berpeluk tubuh.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. kemana tumpahnya politik wang kalau bukan ke dalam puak2 serpihan.

    BalasPadam