Header Ads

ads header

Flash News

Arab Saudi tolak ekstradisi suspek pembunuh Khashoggi


RIYADH - ARAB SAUDI. Pihak berkuasa Arab Saudi akan menghukum pembunuh wartawan Jamal Khashoggi, kata menteri luar negara itu hari ini sebagai maklum balas terhadap permintaan Turki untuk mengekstradisi kesemua suspek kes itu ke Istanbul.

“Berhubung isu ekstradisi, kesemua suspek merupakan rakyat Saudi. Mereka akan ditahan, disiasat dan dihukum di Arab Saudi,” kata Adel al-Jubeir.

Kenyataan Adel itu dibuat sehari selepas Presiden Recep Tayyip Erdogan meminta proses ekstradisi 18 rakyat Saudi untuk dibicarakan di Istanbul selepas mereka dipercayai terlibat dalam pembunuhan Khashoggi di Kedutaan Saudi di ibu negara itu pada awal bulan ini. - AFP
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan