Header Ads

ads header

Flash News

Foto mirip menteri, Syed Saddiq nafi tidak berbaju


PETALING JAYA, 27 Okt ― Menteri belia dan sukan menafikan sekeping gambar lelaki tidak berbaju yang tular di media sosial, Khamis lalu, adalah dirinya.

Malah, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau sendiri terperanjat kerana wajah individu itu mirip dengannya.

“Malah Syed Saddiq pun fikir ia adalah Syed Saddiq untuk sesaat,” coretnya secara berseloroh di Twitter.

“Kemudian Syed Saddiq yang sebenar ingat dia tidak merokok.”

Beliau berkata demikian menjawab gambar tidak berbaju dan sedang merokok yang dikongsi pengguna yang mendapat lebih 13,000 tanda ‘like’.

Diulang kicau lebih 20,000 kali oleh orang ramai, pemilik akaun @starkidshaine mendakwa terkejut kerana menyangka lelaki dalam foto adalah wakil rakyat Muar.

Namun rupa-rupanya, lelaki itu adalah Diego Tinoco, pelakon muda Amerika Syarikat, yang membintangi siri televisyen popular Teen Wolf.

Dua minggu lalu, Saddiq dikecam hebat kerana memuat gambar tidak memakai baju dalam tab mandi di Twitter.


MR : Antara menteri yang kontraversi....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan