Header Ads

ads header

Flash News

Beranikah Guan Eng ulangi fitnah?


SEJAK DAP menyerang PAS dan membubarkan Pakatan Rakyat kerana tidak dapat menerima prinsip perjuangan Islam PAS, DAP berterusan memusuhi dan menyerang PAS.

Bekas pimpinan PAS yang tewas dalam pemilihan parti dalam muktamar di Kuala Selangor didorong oleh DAP untuk menubuhkan parti baharu bagi menyaingi PAS.

DAPlah berterusan memfitnah PAS kononnya bersekongkol dengan Umno dan menerima wang daripada Umno sehingga masyarakat bukan Melayu terpengaruh dan menolak PAS walaupun PAS berjaya melahirkan pimpinan yang bersih dan berkualiti.

Semua tahu akan permusuhan DAP terhadap PAS tambahan dasar mereka yang sekular liberal pasti akan bertelagah dan bertentangan dengan apa sahaja yang dibawa dan dipertahankan PAS.

Kini DAP berkongsi kuasa di peringkat Persekutuan dan sudah pastilah apa sahaja kuasa dan pengaruh yang ada pada mereka akan diguna dan dikerah untuk bertindak terhadap PAS.

Dalam hal ini tidak perlulah Lim Kit Siang berpura-pura dan cuba memutarbelit fakta.

Kebetulan pagi ini di Dewan Rakyat kita boleh lihat bukti betapa Menteri Kewangan yang juga Setiausaha Agung DAP memperlekeh, menghina dan memfitnah kerajaan PAS Kelantan dalam sesi soal jawab.

Apabila Ahli Parlimen Kota Bharu bertanyakan pandangan jika kerajaan Kelantan dan Terengganu memulakan inisiatif sendiri menyiapkan projek ECRL yang dihentikan kerajaan PH, dengan selamba Guan Eng menyebut: "Gaji anggota perkhidmatan (Kelantan) pun tak mampu dibayar..."

Kenapa perlu tohmah dan fitnah serta menghina begitu jika tidak kerana api kebencian terhadap PAS bersarang dan marak dalam kepalanya.

MP Kota Bharu mencabar Guan Eng memberi bukti bilakah masanya Kerajaan Kelantan tidak membayar gaji kakitangannya tetapi Guan Eng dilindungi Speaker Dewan.

Guan Eng dicabar mengulangi kenyataannya di luar Dewan agar kenyataannya itu dapat dicabar di mahkamah.

Dan Kit Siang terhegeh-hegeh mahu minta bukti DAP mendiskriminasi Kelantan dan Terengganu. Semoga Guan Eng cukup sifat jantannya dan berani mengulangi kenyataannya dalam Dewan pagi tadi di luar Dewan

ROSLAN SMS



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Kalu bukan menfitnah kerjanya, tak mungkin PH menang.

    gorbal2000

    BalasPadam