Header Ads

ads header

Flash News

Guan Eng fitnah Kelantan tak mampu bayar gaji kakitangan


Dakwaan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Dewan Rakyat hari ini berhubung kerajaan Kelantan tidak dapat membayar gaji kakitangan adalah fitnah, kata Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.

Beliau berkata, dakwaan Guan Eng mengelirukan Dewan Rakyat dan beliau didesak menarik balik kenyataannya namun ia tidak dibenarkan.

“Jika disebut bahawa Kelantan menerima bantuan Kerajaan Persekutuan untuk membayar gaji, perlulah dinyatakan bahawa tidak ada satu pun negeri di Malaysia yang tidak menerima peruntukan di bawah Perbendaharaan Negara.

“Saya merujuk kepada data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada 27 Oktober 2017 di bawah tajuk Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2018.

“Di dalam Lampiran E iaitu di bawah tajuk Pemberian Sebenar Kepada Kerajaan Negeri Tahun 2016, Kelantan dinyatakan telah menerima RM397 juta.

“Fakta-fakta ini menjelaskan bahawa Menteri Kewangan hari ini sekali lagi berbohong dan memfitnah Kelantan di dalam Dewan Rakyat.

“Nampaknya Menteri Kewangan ini begitu berdendam dengan Kelantan yang telah ditadbir oleh PAS sekian lama.

“Sedangkan soalan tambahan yang diajukan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) adalah soalan biasa yang tidak mempunyai unsur provokasi.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, sidang Dewan Rakyat tegang apabila Takiyuddin Hassan dalam soalan tambahannya ingin tahu sama ada Kerajaan Kelantan dan Terengganu boleh mengambil alih projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) jika ia dihentikan kerajaan Persekutuan.

Soalan Takiyuddin itu kemudiannya dijawab oleh Guan Eng dengan sindiran apabila beliau mempersoalkan kemampuan kerajaan Kelantan.

“Mengenai cadangan YB bahawa kerajaan Kelantan dan Terengganu ingin ambil alih ECRL, saya tunggu suratlah sekiranya berminat nak buat demikian.

“Tetapi dalam masa sama saya fikir macam mana Kelantan mampu buat sedangkan gaji anggota perkhidmatan pun tak mampu dibayar,” sindirnya.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Negeri yang royaltinya kena cilok taklah malu kalau dikatakan tak mampu bayar itu dan ini..

    Tiger Asia yang mengaum patut berasa malu kalau tak mampu meneruskan BRIM dengan pelbagai alasan qarut-marut.

    BalasPadam
  2. Sepatutnya pihak berkuasa yang menyamun royalti minyak milik kerajaan negeri ditangkap, disoal-siasat dan didakwa kerana pecah amanah dan melanggar konsep federalisme.

    BalasPadam