Header Ads

ads header

Flash News

Beri bumiputera lesen kasino agar mampu bersaing kata ahli DAP


Bekas menteri di jabatan perdana menteri yang juga ahli DAP seumur hidup, Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan agar lesen pusat judi dan penjualan alkohol diberi kepada bumiputera agar dapat bersaing dengan kaum lain dari segi ekonomi.

Dalam tulisan di blognya hari ini, Zaid berkata bahawa salah satu faktor utama orang Melayu ketinggalan berbanding kaum lain dalam pelbagai bidang adalah disebabkan dasar bersifat diskriminasi yang diperkenalkan kerajaan.

"Saya menyokong dasar yang tidak bersifat diskriminasi yang membolehkan bumiputera turut serta dalam perniagaan menjual produk tidak halal yang memberi pulangan lumayan dan banyak di negara ini.

"Kenapa tidak beri lesen kepada bumiputera untuk buka kasino, pusat hiburan, aktiviti judi dan penjualan alkohol?

"Sektor itu merupakan sumber ekonomi yang besar yang melibatkan berbilion ringgit namun orang Melayu dihalang turut serta. Bagaimana orang Melayu muslim akan mampu menyaingi kaum lain dari segi ekonomi?" katanya.

Tambah Zaid, perniagaan seumpama itu menyumbang kepada ekonomi kaum Cina yang kemudian membuka peluang kepada mereka melabur dalam hartanah.

"Orang Melayu mengeluh bahawa mereka telah hilang tanah mereka dan tak mampu beli rumah kos rendah. Kenapa orang Melayu tidak diberi peluang sama seperti Cina agar mereka boleh buat duit dan lindungi tanah mereka?

"Perniagaan ini adalah berdosa, sudah tentu, tapi sejak bila kerajaan diberikan mandat di bawah perlembagaan untuk melindungi orang Melayu daripada dosa?" katanya.

Sebaliknya, kata Zaid, tugas kerajaan adalah memastikan semua rakyat dapat merasai kekayaan dan kemakmuran negara.

Memetik Labuan dan Langkawi sebagai contoh, Zaid berkata, orang Melayu yang tidak "tersinggung" dengan perniagaan seumpamanya perlu diberi lesen untuk membuka kasino di pulau bebas cukai itu.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

6 ulasan:

  1. memang dunia nak dekat kiamat

    BalasPadam
  2. Manusia munafik mendakwa diri mereka beragama Islam tetapi hati mereka membenci Islam , anutan dan amalan mereka ialah sekularisme, liberalisme, pluralisme dll dan tindakan dan lisan mereka menghina Islam dan menafikan hak umat Islam.

    Bahkan mpuak munafik laknatullah ini amat menyokong, membela dan memperjuangkan kebebasan untuk melakukan pelbagai bentuk kemungkaran dan kesesatan termasuk murtad konon kerana setiap manusia mempunyai hak kebebasan individu.

    Munafik-munafik ini adalah haiwan-haiwan ternakan puak kafir harbi.

    BalasPadam
  3. Apalah yg boleh diharapkan pada Melayu yg mengaku Islam bila join perangai orang yg menentang Allah. Hancus dan rosak aqidah.

    BalasPadam
  4. apabila bekas alcoholic berbicara moga dia cepat bertaubat sebelum terlambat

    BalasPadam
  5. Ingat desperate sangat ker org melayu Islam nak kaya. Macam xder jalan lain. Takper xkaya dunia,asal kaya di di akhirat, insyaAllah..

    BalasPadam
  6. Ada lagi yang anggap dia ni Islam?

    BalasPadam