Header Ads

ads header

Flash News

Dah dirogol, disamun pula


DUNGUN: Seorang lelaki durjana bukan sahaja menyamun wang tunai RM200 malah sempat memuaskan nafsu serakahnya terhadap wanita yang disamun itu, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 pagi, mangsa berusia 29 tahun sedang tidur bersendirian di rumahnya di Paka.

Ketika terjaga, mangsa menyedari pintu biliknya terbuka sebelum bangun dan menutup semula pintu terbabit.

Ketika menutup pintu, secara tiba-tiba pintu biliknya itu ditolak dari luar oleh seorang lelaki yang bertindak menceroboh rumah mangsa.

Suspek yang hanya berseluar dalam dan memakai topeng warna hitam bercorak itu mengajak mangsa untuk melakukan hubungan seks.

Pengadu yang terkejut dengan ajakan suspek mendakwa dia adalah isteri orang namun suspek bertindak meletakkan sebilah gunting di lehernya.

Suspek yang tidak dikenali mangsa itu bertindak semakin ganas dengan mengangkat baju mangsa dan terus merogolnya.

Mangsa sempat bergelut dengan suspek dan dalam pergelutan itu peha kira pengadu cedera terkena gunting.

Selesai merogol mangsa, suspek melarikan wang tunai sebanyak RM200 termasuk telefon bimbit milik mangsa.

Lelaki itu sekali lagi mengacukan gunting kepada mangsa sambil memberi amaran supaya kejadian itu tidak diberi tahu kepada sesiapa termasuk pihak polis.

Suspek turut mengugut akan membunuh mangsa sekiranya perbuatan jenayahnya itu diketahui pihak polis.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, mangsa kemudiannya menunggang motosikal miliknya untuk meminta bantuan seorang pengawal keselamatan di sekolah berhampiran sebelum ke Balai Polis Paka untuk membuat laporan kira-kira jam 8.50 pagi.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Dungun untuk menerima rawatan dan pemeriksaan.

“Polis sedang giat memburu suspek dan kes berkenaan akan disiasat mengikut seksyen 392/397 dan seksyen 376 Kanun Keseksaan, “ katanya.

MR: Sama nasib rakyat Malaysia sekarang dah kena samum oleh PH kini nak rogol rakyat pula

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan