Header Ads

ads header

Flash News

DAP, PKR, Amanah harus bercantum jadi satu, kata bekas Pengerusi DAP johor


PETALING JAYA: Bekas pengerusi DAP Johor berkata partinya, PKR dan Amanah harus mempertimbangkan “percantuman besar” menjadi 1 parti politik dalam usaha menyingkir politik perkauman.

Dr Boo Cheng Hau berkata 3 parti itu merupakan komponen parti tidak berasaskan kaum dalam gabungan pemerintah.

Bekas Adun Skudai berkata langkah itu akan memaksa parti seperti Umno, PAS dan PPBM “menjauhi politik suku seperti apartheid”.

“Ini akan membuka parti itu kepada semua rakyat dalam usaha menuju politik tanpa perkauman yang akan membawa Malaysia dan Asia Tenggara menjadi negara maju dan rantai yang aman dan makmur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Boo yang lantang mengkritik politik berasaskan kaum sekali lagi menggesa PPBM meninggalkan ideologi berasaskan kaum kerana ia bertentangan dengan sebab-sebab penubuhan Pakatan Harapan.

“Jika tidak, PH lama-kelamaan akan menjadi BN 2.0 dan berulangnya dominasi satu kumpulan etnik ke atas lain-lain dan mengorbankan nilai dan prinsip besar seperti tadbir urus yang baik, integriti dan egalitarianisme.”

Pada September, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan identiti berasaskan kaum sebagai realisitik kerana rakyat masih terbahagi mengikut garis perkauman.

Perdana menteri berkata walaupun partinya dikritik, hakikatnya adalah semua parti politik memilih calon berpandukan kaum majoriti di kawasan yang ditandingi.

Terdahulu Boo mengingatkan sebarang bentuk kerjasama antara Umno dan PAS akan memecah-belahkan masyarakat.

Hubungan antara 2 parti itu semakin baik tahun lepas, apabila pemimpin Umno dan PAS berkongsi pentas dalam beberapa acara.

Hubungan kedua-dua parti itu semakin kuat selepas pilihan raya umum 9 Mei, terutama pada pilihan raya kecil DUN Sungai Kandis dan DUN Seri Setia apabila mereka saling memberi laluan dan menyokong calon.

Bulan lepas, pemimpin Umno menghadiri perhimpunan tahunan PAS di Terengganu dan pemimpin PAS menghadiri perhimpunan tahunan Umno beberapa hari lepas.


MR : DAP sangat takut jika UMNO dan PAS boleh bekerjasama politik untuk menetang PH....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

5 ulasan:

  1. Tau dap takut pas umno dan pkr bertindak segera. Jangan lembab sangat nanti hancur dikerjakan atok tua.

    BalasPadam
  2. Kasihan melihat manusia munafik @ pengkhianat yang sanggup menjilat pemimpin-pemimpin kafir harbi biaDAP dan menindas kaum Melayu sendiri semata-mata kerana sesuap dedak cap roket. Bahkan mereka sanggup menjadi khadam puak kafir harbi biaDAP yang telah memusuhi Islam dan kaum Melayu.

    Mereka lebih pentingkan dedak cap roket dari segala-galanya sehinggakan mereka sanggup ditunggang oleh puak biaDAP untuk menentang dan menghina Islam, menfitnah ulama Islam dan parti Islam PAS dan menafikan hak umat Islam termasuk kaum Melayu.

    Dan kitab 'suci' mereka ialah liberalisme dan sekularisme maka mereka tidak merasa malu atau segan untuk menyokong maksiat dan kesesatan seperti murtad, arak, judi, atheis, LGBT dll. Mereka berlagak bodoh sombong kerana mereka lupa mereka akan mati pada suatu hari nanti dan disiksa dalam kubur dll.

    Merekalah musang berbulu ayam yang berhati serigala dan sangat berbahaya kepada Islam dan umat Islam!!!

    BalasPadam
  3. meskipun berasaskan ras, parti yang ada di semenanjung adalah merentasi laut cina selatan yakni dibuka hingga ke sabah dan sarawak.

    berbeza dengan parti di sabah dan sarawak yang hanya dibuka untuk warga di negeri berkenaan sahaja dan itupun boleh masuk kabinet dapur jua.

    BalasPadam
  4. kamu dap tidak rugi apa apa sebab tanah ini bukan kamu punya senang kamu cakap bersatu tolak perkauaman kononnya tapi pada dasarnya kaum lah besar punya perkauman kasi betis nak peha

    BalasPadam
  5. Kita amat tidak bersetuju dengan kenyataan bekas pengerusi DAP Johor yang mendakwa kononnya 3 parti (DAP, PKR dan Amanah) itu merupakan komponen parti tidak berasaskan kaum dalam gabungan pemerintah.

    Mari kita analisa Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP untuk membuktikan kenyataan bekas pengerusi DAP Johor itu tidak benar:

    (1) Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP terdiri dari:

    25 orang China (80.65%)
    4 orang India (12.90%)
    1 orang Melayu ( 3.23%)
    1 orang bumiputera ( 3.23%)

    Jumlah: 31 orang

    Sumber: Sumber: https://dapmalaysia.org/parti/pimpinan/Jawatankuasa-Tertinggi-Pusat/

    Ini jelas membuktikan komposisi kaum dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP tidak mewakili komposisi sebenar pelbagai kaum di Malaysia iaitu:

    Pecahan penduduk Malaysia mengikut kaum adalah:

    65.1 peratus daripada etnik Melayu dan bumiputera,
    26 peratus etnik Cina dan
    7.7 peratus etnik India.

    Maka untuk sesebuah parti mengaku bersifat pelbagai kaum parti berkenaan haruslah tidak mempunyai keanggotaan satu kaum melebihi 50 peratus dari keseluruhan keahlian parti tersebut

    Sumber: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0711&sec=forum&pg=fo_01.htm

    Oleh sebab pucuk pimpinana DAP dan majoriti ahli DAP terdiri dari kaum Cina, maka DAP adalah parti yang berasaskan kaum China.



    BalasPadam