Header Ads

ads header

Flash News

Forum hari lain jawab Mahathir kepada Abdul Hadi


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan kehadirannya di Port Dickson, esok hanya untuk ‘memeriahkan’ kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan, bukan mengadakan forum.

“Tak payah lah... Esok (memang) saya nak pi (pergi), tapi (sebab) nak berkempen untuk (Ketua Umum Pakatan Harapan) Datuk Seri Anwar (Ibrahim).

“Forum hari lainlah,” katanya sambil mengukir senyuman kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama sempena Majlis Makan Malam Ke-30 Persatuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNAM), di sini, hari ini.

Yang turut hadir, isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali; Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Presiden UNAM, Tan Sri Razali Ismail.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, hari ini dilaporkan berharap dapat mengadakan forum bersama Dr Mahathir, sempena kehadirannya pada kempen PRK Port Dickson, esok.



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan