Header Ads

ads header

Flash News

Gay kini meningkat 50%


Jumlah gay di Malaysia kini dianggarkan berjumlah 310,000 orang kata pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata, berdasarkan Statistik Kementerian Kesihatan pada 2013, golongan itu hanya sebanyak 173,000 orang.

Jumlah ini mewakili dua peratus daripada keseluruhan masyarakat Malaysia dengan 70 hingga 80 peratus daripada kaum Melayu.

“Saya baru-baru ini tanya pegawai jabatan kesihatan untuk statistik 2018. Komuniti gay kini dianggarkan seramai 310,000.

“Angka ini sedang meningkat. Ini angka untuk gay.

“Angka bagi lesbian pula lebih sukar dijangkakan,” katanya dalam seminar berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Pulau Pinang hari ini.


MR : Jika dibaja maka berlakukan kesuburan, PH tu kan bajanya....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Tak boleh buat apa apa.Nasihat sajalah mereka pon hamba Allah.Nak disekat dihalang dengan bermacam alasan.Jadi berdoa saja agar pemimpin PH bangun dari tidor.

    BalasPadam