Header Ads

ads header

Flash News

PAS digaris Solusi


Setelah pendokong petah berbicara di media sosial dan pentas politik, kita belum dengar cawangan-cawangan UMNO dibubarkan untuk menyertai PAS. Malah kita belum disuakan dengan berita-berita penghijrahan secara berkelompok ahli-ahli UMNO kepada PAS. Timbul persoalan, sejauh manakah tindakan berbanding dengan lontaran idea dan seruan?

ADUN dan AP UMNO yang oportunis nampaknya lebih cenderung menyertai parti komponen PH. Tak ada pula ADUN atau AP UMNO yang tidak opurtunis dan lebih Islamik menyertai PAS sehingga kini. Apakah semua ini merupakan suatu indikator yang kurang enak untuk ummah ini menghadapi PRU15 akan datang?

Benar. Masa masih panjang. Apa-apa sahaja boleh berlaku dalam landskap politik negara. Musuh menjadi sahabat dan sahabat menjadi musuh adalah lumrah politik Malaysia. DS Anwar mungkin menjadi PM ke-8 dan mungkin juga tidak. 50-50. PKR berpecah dua juga 50-50. UMNO bermufarakah antara golongan Islamik dengan golongan oportunis juga 50-50. Dan BN kekal dengan UMNO,MCA dan MIC juga 50-50. Semua yang 50-50 ini, cukup ampuh untuk mengubah suasana politik Negara.

Namun secara rasionalnya, PH akan terus berkuasa selagi tidak wujud kesedaran dan perpaduan politik ummah. Apakah golongan Tabligh yang agak besar jumlahnya lebih mementingkan keluar 3 hari atau 4 bulan sedang negara menghadapi PRU? Adakah golongan ini yang dicula A, B atau C merupakah persen yang agak besar tidak keluar mengundi baru-baru ini?

Hakikatnya, pertandingan tiga penjuru antara PAS, BN dan PH perlu dielakkan. Persefahaman dalam meletakkan calon juga kurang meyakinkan bagi rakyat. Ia bersifat ad hoc sahaja.

Rakyat pun sudah tertanya-tanya; masih wujudkah Gagasan Sejahtera ( GS)? Sebagai blok ketiga, GS ternyata gagal dan seolah-olah ada pada nama, bukan ada pada kekuatan.

Namun begitu, PAS tetap memerlukan kewujudan GS. Buat masa kini PAS tidak mampu bersendirian menghadapi blok PH mahupun BN. Dan wadah GS ini hanya mampu merobek PH dengan kemasukan UMNO dan beberapa parti yang lain terutamanya dari Sabah dan Sarawak.

Kesimpulannya, jangan berlapang-lapang dengan masa yang panjang. Sekejap sahaja masa menjadi sempit. Kata peribahasa Arab;  buah kelengahan adalah penyesalan dan buah kecermatan adalah keselamatan. Perpaduan ummah mesti terus diusahakan. Analoginya, jika suami dan isteri tidak kondusif. Kenapa waris terdekat biar menyepi?

#NekadBersamaIslam
#PRU15UntukPAS

BayangDiAir

MR : Dulu semasa UMNO diharamkan, PAS menjadi parti Melayu terbesar dan alternatif tetapi pimpinan PAS tak ambil kesempatan tersebut untuk buat sesuatu dan hanya membiarkan Mahathir buat UMNO Baru....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan