Header Ads

ads header

Flash News

Guan Eng mulakan, bukan Pas


SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Idris Ahmad membidas kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menasihatkan parti itu tidak memfitnah kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, Pas tidak pernah memulakan setiap perkara negatif dan dalam isu melibatkan Kelantan, Idris mendakwa Guan Eng yang memulakannya. “Yang mulakan dia (Guan Eng). Dia selalu cakap, selalu sangat cakap pasal Kelantan.

“Kita menjawab balik tuduhan dia. Orang tak kata kepada kita, buat apa kita nak kata kepada orang lain.

“Dia yang cipta, mulakan dulu jadi kita jawablah,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Tambah bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, beliau menasihatkan Guan Eng bertukar daripada seorang pembangkang kepada pemimpin kerajaan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan Ahli Parlimen Bagan itu mengatakan kepimpinan Pas harus mengubah sikap dari memainkan fitnah jahat kepada pendekatan yang lebih profesional dan berdisiplin

“Dia tu mestilah bercakap sebagai seorang negarawan, kerajaan, bukan sebagai pembangkang,” ujarnya.

Semalam, Guan Eng mendakwa Pas tidak seharusnya menimbulkan prasangka jahat dan memainkan sentimen negatif terhadap kerajaan Persekutuan berhubung bantuan kewangan yang disalurkan kepada Kerajaan Kelantan.

“Angka dan fakta serta pengurusan profesional, bukannya sentimen dan fitnah jahat secara melulu, yang berupaya menyelamatkan sebuah negeri gagal yang tidak mampu membayar gaji atau emolumen kakitangan kerajaan negeri.

“Sekiranya bantuan kewangan yang diberikan dibalas dengan makian, nescaya para pelabur pun keberatan hendak datang ke negeri Kelantan,” katanya melalui kenyataan media.

MR : Dalam apa situasi pimpinan PAS jangan mudah terperangkap dengan kenyataan PH. Mereka sekarang lemas dan cuba mengalih isu. Jika pimpinan tak bijak menjawab PAS akan tanggung....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Tak baik berburuk sangka. Lebih tak baik kalau pemerintah tidak berlaku adil. Adillah kepada Malaysia Timur dan adillah kepada Pantai Timur. Kerbau pegang pada tali manusia dipegang dengan janji.

    BalasPadam