Header Ads

ads header

Flash News

Isteri Benjamin Netanyahu dibicara salah guna dana kerajaan


BAITULMAQDIS - PALESTIN. Sara Netanyahu, isteri Perdana Menteri Israel dibicarakan hari ini atas dakwaan menyalahguna dana kerajaan untuk membayar beratus-ratus tempahan makanan.

Sara, 59, didakwa terbabit dengan jenayah penipuan dan salah guna kuasa pada Jun lalu.

Beliau dituduh menyalahguna dana negara untuk membayar pesanan makanan berjumlah kira-kira AS$100,000 (RM414,730) dengan alasan tiada tukang masak di kediaman rasmi perdana menteri.

Menurut kertas pendakwaan sejak 2010 hingga 2013, dia, keluarga dan tetamunya menerima ratusan makanan yang dipesan daripada pelbagai restoran terkemuka di Baitulmaqdis termasuk restoran Itali, Asia Barat dan Jepun.

Sara bagaimanapun menafikan melakukan sebarang kesalahan, malah menyifatkan dakwaan merupakan usaha untuk mencalar nama baik kluarga mereka.

Benjamin Netanyahu sendiri berdepan tuduhan berasingan membabitkan rasuah, yang mencetus spekulasi bahawa beliau mungkin terpaksa mengundur diri.- AFP

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan