Header Ads

ads header

Flash News

Apa lagi yang Kit Siang mahu? Tanya Najib

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan apa yang sebenarnya diinginkan oleh Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi DAP, Lim Kit Siang terhadap dirinya.

Ini kerana menurutnya, Kit Siang tetap mempersoalkannya walaupun beliau menyatakan kesediaan untuk disiasat berkaitan beberapa kes pembunuhan yang dikaitkan dengannya.

“Kit Siang baru sahaja keluarkan kenyataan bahawa dia terkejut kerana saya bersetuju dengannya supaya meminta kerajaan memulakan siasatan khas terhadap kesemua kes pembunuhan yang PH pernah katakan saya terlibat dengan kes berkenaan.

“Saya tidak faham dengan Lim Kit Siang ini. Bila saya tak setuju dengan beliau, dia marah. Bila saya bersetuju dengannya, pun dia marah,” katanya di Facebook miliknya, hari ini.

Najib berkata, Kit Siang marah kerana kononnya tiada siasatan terhadap semua kes semasa beliau menjadi perdana menteri dan hanya mahukan keadilan selepas hilang kuasa.

“Tidak betul, Kit Siang. Kes Teoh Beng Hock dibicarakan di Mahkamah Tinggi, di Mahkamah Rayuan dan juga di Suruhanjaya Siasatan Diraja.

“Kes Altantuya dan Hussain Najadi dibicara selama bertahun-tahun di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan di Mahkamah Persekutuan.

“Kes Kevin Morais di mana tujuh orang dituduh juga telah mula dibicarakan di Mahkamah Tinggi sejak April 2017. Siapa kata tidak pernah disiasat?,” katanya.

Jadi katanya, tiada alasan kerajaan PH untuk tidak menyiasatnya selepas beliau menyatakan kerelaan untuk disiasat.

“Semua kertas siasatan, kuasa agensi-agensi siasatan untuk ketiga-tiga kes pembunuhan dan mahkamah ada pada tangan kerajaan PH.

“Tiada sebab untuk mereka tidak mengambil langkah itu tanpa lengah dan perlu segera mewujudkan siasatan khas sebagaimana diarahkan Kit Siang melainkan mereka masih ada rancangan untuk menggunakan isu ini pada masa depan untuk terus memfitnah saya,” katanya.

Dalam hantaran itu, Najib turut mengemukakan pertanyaan kepada Kit Siang.

“Adakah kamu masih mahu siasatan khas dibuka sebagaimana gesaan anda dua hari lalu kepada kerajaan PH untuk laksanakan? Adakah kamu akan memujuk Perdana Menteri untuk melakukan ini serta-merta?,” soalnya.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan