Header Ads

ads header

Flash News

Jika benar kenyataan disalah tafsir The Star, Mujahid kena minta The Star minta maaf


Hari ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menafikan laporan yang mengambarkan bahawa beliau membenarkan perbuatan maksiat dan khalwat. Katanya kenyataannya telah disalah tafsir oleh The Star.

“Kenyataan saya dalam temu bual The Star itu, apa yang disebut dalam kepala tajuk itu tidak keluar daripada mulut saya.

Menurutnya dalam artikel yang diterbitkan The Star itu tidak seperti yang dimaksudkannya malah kenyataan seolah-olah berbaur fitnah terhadap dirinya.

Ok Mujahid awak nak berbelit dan tak nak mengaku salah ya

1. Jika benar The Star sengaja membuat artikel itu berbaur fitnah, ada 2 pilihan untuk Mujahid iaitu satu meminta The Star meminta maaf dan membetulkan semula kenyataan tersebut. Kedua sama aje The Star.

Jika tiada tindakan kepada The Star bermakna buka The Star berbohong tetapi Mujahid sekarang ini berbelit nak selamatkan diri setelah terlanjur bercakap.

2. Kepala tajuk tidak keluar daripada mulut.

Mujahid mana ada sesiapa yang boleh cadang tajuk kepada berita? Ini bergantung kepada kepintaran wartawan untuk mengambil bahagian mana untuk dijadikan tajuk berita arau artikel. Tajuk memainkan perkara penting untuk menarik pembaca.

3. The Star membuat 'capture' percakapan Mujahid antaranya ialah

"Sebagai contoh, pengambilan alkohol adalah satu kesalahan bagi seorang Muslim, tetapi jika anda melakukan perbuatan itu di dalam kawasan anda, maka sebagai sebahagian daripada kerajaan, saya tidak akan campur tangan," ujarnya.

"Penguatkuasaan khalwat ini telah disalahgunakan dan dieksploitasi dalam beberapa kes. Mereka tidak sepatutnya menggangu ruang lingkup peribadi seseorang individu," ujar beliau lagi.

Ungkapan ini boleh bermaksud (contoh lain) berzina, lesbelian dan lain-lain adalah satu kesalahan bagi seorang muslim, tetapi jika anda melakukan perbuatan itu di dalam kawasan anda maka sebagai sebahagian daripada kerajaan saya tidak akan campur tangan.

Ini bermakna tidak ada tangkapan khalwat jika dibuat dipermis persendirian.
Takkan itu pun salah tafsir. Engkau belajar sampai PHD takkan ini salah juga?

Melainkan engkau Mujahid dah tersempit tapi EGO tak nak mengaku salah. Kemudian kata The Star tersilap.. akhirnya isu ini senyap. Orang pun percaya The Star silap. Kena kencing lagi.

3Z

MR : Mujahid ini satu daripada 18 pimpinan PAS yang khianat perjuangan Islam kini ada dalam AMANAH. Ada 17 lagi yang rosak pemikiran Islam mereka belum lagi membuat kenyataan berkenaan Islam dalam hal-hal mereka. Tunggulah kerosakan yang jitu...


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Mujahat dah takut dengan kenyataan sendiri. Memalukan islam mujahat ni. Sila saman the star atau suruh mereka meminta maaf. Ularmak betul mijahat ni

    BalasPadam
  2. Jika benar dakwaan mujahid, mengapa mujahid tidak buat laporan polis dan menyaman The Star?

    Mujahid ada berani ka?

    Bukankah dulu puak pakatan yang berkata jika tidak saman maka berita atau dakwaan yang dibuat oleh puak pakatan adalah benar seperti dakwaan puak pakatan konon PAS terima RM90 juta dari UMNo?

    BalasPadam
  3. Aku lebih percaya The Star daripada Mujahid.

    BalasPadam