Header Ads

ads header

Flash News

Kecoh lagi, pengundi WP pitam, risalah disabotaj


KUALA LUMPUR, 7 Okt — Kekecohan dalam pemilhan PKR berlaku lagi di tiga cabang Wilayah Persekutuan melibatkan pengundi warga emas pitam dan risalah calon yang disabotaj.

Di Lembah Pantai dan Wangsa Maju, beberapa warga emas pitam kerana keletihan menunggu lama ekoran tiada saluran khas untuk mereka, lapor Utusan Online.


Tinjauan akhbar itu di kedua-dua cabang di sini juga mendapati tiada saluran khas untuk pengundi orang kurang upaya (OKU), menyebabkan mereka terpaksa menunggu berjam-jam.

Namun selepas perbincangan, pemilih warga emas yang kurang upaya atau tidak celik teknologi boleh ditemani ahli keluarga atau penyokong untuk mengundi, kata wakil rakyat Fahmi Fadzil.

“Saya juga ingin mencadangkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) supaya ia diperluaskan ke pemilihan-pemilihan yang lain.

“[Ini] memandangkan ramai di antara warga emas yang masih tidak tahu menggunakan sistem e-undi,” kata ketua cabang Lembah Pantai itu.

Sementara itu, di cabang Setiawangsa pula berlaku kekecohan seketika apabila risalah calon kem Rafizi Ramli didakwa disabotaj oleh pihak tertentu.


Dalam risalah itu, wajah Datuk Johari Abdul, yang bertanding naib presiden, ditampal pelekat wajah calon Dr A Xavier Jayakumar, bagi mengelirukan pengundi baru.

Calon ketua Pemuda PKR cabang berkata situasi itu menyebabkan petugas kem Rafizi kelam kabut mendapatkan semula risalah yang sabotaj itu.

“Ketika ini, kita memantau setiap risalah yang diterima oleh ahli di pintu masuk kawasan mengundi,” kata Khairul Khairi Ismail seperti dilapor akhbar itu.

Sementara pemilihan di Batu dan Putrajaya berjalan lancar. Permilihan PKR bagi Wilayah Persekutuan melibatkan 34,892 anggota dari 13 cabang.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan