Header Ads

ads header

Flash News

Rafizi mengaku boleh kalahkan Azmin di WP


KUALA LUMPUR - Calon Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini mengisytiharkan beliau menang pemilihan parti itu di Wilayah Persekutuan.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau berjaya menewaskan seorang lagi pesaing Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Wilayah Persekutuan dengan memperoleh 16,160 undi atau 50.1 peratus.

Katanya, sementara itu penyandang kerusi itu Mohamed Azmin pula memperoleh 16,112 undi atau 49.9 peratus.

“Terima kasih sahabat-sahabat yang membantu, terima kasih yang memberi kepercayaan,” katanya yang dipetik menerusi catatan di Twitternya.

Dengan keputusan terbaharu itu Rafizi sehingga kini memenangi empat buah negeri daripada enam buah negeri yang telah membuat pemilihan.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, sehingga kini, beliau menang di 51 cabang berbanding Azmin yang menang di 37 cabang daripada 88 cabang yang telah membuat pemilihan.

Proses memilih kepemimpinan PKR bagi Wilayah Persekutuan bermula hari ini melibatkan 34,892 anggota dari 13 bahagian.

Pengundian bermula seawal 10.00 pagi tadi dan berakhir 5.00 tadi.

Semalam, Rafizi turut mengisytiharkan kemenangan di Pahang selepas 14 bahagian selesai memilih kepimpinan parti itu.

Menurut Rafizi, dia memperoleh kemenangan di 8 bahagian dengan 2,383 undi, iaitu lebih 85 undi berbanding 2,298 undi yang diperoleh Azmin.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. satu perjuangan masih nak melawan betul akhir zaman manusia berebut rebut kuasa .GILA KUASA tunggu saja kehancurannya

    BalasPadam