Header Ads

ads header

Flash News

Kempen kotor pemilihan PKR


KUALA LUMPUR - Calon Naib Presiden PKR, Datuk Johari Abdul menjadi mangsa kempen kotor selepas bahan kempennya disabotaj.

Gambarnya dalam senarai ‘cai’ ditampal dengan calon lain, AhlI Parlimen Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar.

Johari berkata, edaran tersebut dikesan sejak beberapa minggu lalu dan sudah merujuk perkara itu kepada Xavier, semalam.

“Saya ingatkan masalah itu dah selesai tapi sewaktu membantu Pemilihan PKR Cabang Wangsa Maju hari ini saya dapati isu sama masih berlaku.

“Saya dah beri amaran namun suara saya tak diendahkan. Perkara ini akan dipanjangkan kepada lembaga disiplin PKR dan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) untuk diambil tindakan kerana mencemar demokrasi," katanya.

Menurutnya, taktik kotor tersebut juga memberikan imej buruk terhadap parti yang sebelum ini mempersoalkan ketelusan dalam SPR.

“Dulu marah SPR buat benda tak elok dalam PRU tapi kenapa buat benda sama dalam pemilihan parti? Apa beza PKR dengan parti lawan kita.

“Ini tindakan tiada maruah calon walaupun nak kempen biarlah secara sihat bersaing dalam satu parti, satu keluarga. Orang seperti ini tidak boleh kita pilih sebagai pemimpin," katanya.

MR : Dah tahu PKR tu spesis UMNO apa nak hairan....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan