Header Ads

ads header

Flash News

Sultan Johor miliki 15.52 peratus (Individu kedua terbesar) saham 7-Eleven Malaysia


KUALA LUMPUR: 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd mengumumkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, meningkatkan lagi pegangan baginda dalam syarikat itu kepada 15.52 peratus mewakili sejumlah 172.37 juta saham daripada 8.44 peratus yang dipegang pada Ogos 2017.

Sultan Ibrahim kekal sebagai pemegang saham individu kedua terbesar.

Pemegang saham terbesar 7-Eleven Malaysia, Tan Sri Vincent Tan, berkata beliau amat gembira Sultan Ibrahim terus meningkatkan pegangan dalam 7-Eleven Malaysia.

"Ini mencerminkan keyakinan berterusan Sultan Ibrahim terhadap keupayaan, prestasi dan potensi perniagaan 7-Eleven Malaysia.

"7-Eleven Malaysia mencatatkan pendapatan belum diaudit sebanyak RM1.64 bilion dengan keuntungan sebelum cukai RM43.94 juta bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2017," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. - BERNAMA

MR : Tak boleh ke Sultan Johor bantu wanita Islam dihina. Sebagai ketua agama tak boleh ke Sultan cadangkan tak payah jual arak....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Apa le korang, seratus tahun dulu seluruh cukai dari negeri Johor adalah kepunyaan Sultan Johor.... Parasit 2 ekonomi telah mengikis sikit demi sedikit kekayaan Tuanku,,,, sekarang apa yang tinggal.... Dulu kapal terbang peribadi pun ada zaman Mahathir hanya ada basikal

    BalasPadam