Header Ads

ads header

Flash News

Maszlee nafi pembantu khas ke London guna dana kementerian


PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan, Maszlee Malik menegaskan lawatan luar negara penasihat khasnya, Wan Saiful Wan Jan bersama beberapa pegawai tidak menggunakan peruntukan Kementerian Pendidikan.

“Tidak guna peruntukan kementerian,” katanya selepas sesi program “Meet and Greet Menteri Pendidikan” bersama 100 pelajar antarabangsa di Kementerian Pendidikan, semalam.

Isu itu tersebar selepas Saiful yang juga pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memuat naik beberapa gambar di Twitternya mengenai delegasi Kementerian Pendidikan yang dibawanya ke London bagi memahami sistem sekolah di negara itu.

Bekas menteri pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dilapor menyifatkan tindakan Saiful itu seolah-olah mengambil alih tugas menteri dan timbalan menteri.

Maszlee bagaimanapun enggan menjawab persoalan itu, sebaliknya mempersoalkan Mahdzir mengenai isu projek solar sekolah yang kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Tak ada untungnya mengecilkan bilangan kabinet dapur sedangkan dalam masa sama keluasan setiap kabinet di perbesarkan dan perbelanjaan setiap kabinet di tambah. Walhasil balik asal, lebih banyak sudu dari kuah.

    BalasPadam