Header Ads

ads header

Flash News

MCA tak perlu risau PAS, yang penting MCA perlu baiki diri tarik penyokong Cina


PETALING JAYA: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong tidak sepatutnya risau tentang kemungkinan kerjasama antara PAS dengan Umno, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan Presiden PAS itu berkata, Wee sebaliknya perlu lebih terbuka dan memikirkan cara untuk menambah serta menark kembali sokongan pengundi yang lari kepada Pakatan Harapan (PH) sejak pilihan raya umum Mei lepas.

“Saya fikir MCA perlu berbuat sesuatu untuk mendapatkan semula kepercayaan dalam kalangan pengundi Cina.

“Pada pilihan raya lepas, Barisan Nasional (BN) tumbang kerana parti itu hilang undi daripada orang Cina, khususnya kepada MCA, jadi sepatutya parti itu lebih memikirkan cara untuk menarik balik pengundi yang lari kepada DAP.

“Itu lebih baik daripada beliau melihat PAS sebagai satu ancaman,” katanya ketika dihubungi FMT.

Wee dalam satu kenyataannya semalam mengancam akan memutuskan hubungan dengan Umno sekiranya parti itu mengikat kerjasama dengan PAS tanpa terlebih dulu membincangkannya dengan MCA.

Wee berkata, Umno atau presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tidak boleh membuat keputusan satu pihak mewakili BN.

Katanya, kerjasama antara 2 parti itu tidak akan bermakna apa-apa sekiranya masing-masing mempunyai prinsip berbeza.

Tuan Ibrahim bagaimanapun berkata, PAS masih belum memutuskan untuk mengadakan kerjasama dengan Umno.

Malah katanya, PAS juga masih belum berbincang tentang kemungkinan akan menyertai BN yang dijenamakan semula seperti diumumkan oleh Zahid semalam.

Tuan Ibrahim memberitahu, sehingga kini PAS tidak menerima sebarang surat daripada BN, dan berkata perbincangan dalam kalangan pemimpin PAS hanya akan dilakukan selepas menerima jemputan rasmi daripada parti itu.

“Kita perlu lihat dulu bentuk dan konsep yang dimaksudkan tentang penjenamaan semula BN itu.

“PAS ada 3 rakan gabungan dalam Gagasan Sejahtera, jadi kita akan teliti kerana BN perlu selesaikan dalamannya dulu. Bagi pihak PAS, kita tiada masalah untuk berbincang dengan mana-mana pihak,” katanya.

Zahid semalam berharap PAS akan menyertai dan mengukuhkan BN yang dijenamakan semula sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15.

Katanya, beliau menyerahkan urusan berkaitan penjenamaan semula BN kepada setiausaha agung gabungan politik itu, iaitu Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, yang turut bertanggungjawab mempelawa dan berbincang dengan PAS untuk tujuan itu.


MR : MCA mampu hidup ke tanpa BN?....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan