Header Ads

ads header

Flash News

DAP anggap terima MP dari Umno amalan 'tak sihat'


Pengerusi DAP Tan Kok Wai berkata amalan parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) menerima anggota parlimen yang pernah berada dalam Umno sebagai "tidak sihat".

Kenyataannya itu dua hari selepas anggota parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai BERSATU, selepas keluar Umno kira-kira sebulan lalu.

Beliau berkata apatah lagi HARAPAN belum pun sampai enam bulan menang PRU ke-14 dan membentuk kerajaan persekutuan.

“DAP tidak pasti sama ada lebih ramai Ahli Parlimen UMNO akan menyertai parti komponen HARAPAN, termasuk DAP sendiri.

“Namun, kami tidak menggalakkannya kerana tindakan menerima mereka yang mahu melompat parti ini bukan sesuatu amalan yang sihat, memandangkan belum pun enam bulan sejak PRU yang lalu,” katanya seperti dipetik Berita Harian, hari ini.

Menurut laporan itu, kenyataannya itu bagi menjawab seorang perwakilan DAP Wilayah Persekutuan yang menyuarakan kebimbangan berhubung perkara itu dalam Konvensyen Biasa Negeri DAP Wilayah Persekutuan 2018, di Kuala Lumpur.

Semalam, Anggota Majlis Tertinggi BERSATU Datuk A Kadir Jasin memberi gambaran ada 40 lagi anggota parlimen Umno yang akan keluar parti itu.

Katanya, beliau turut mendengar khabar angin ada antara mereka yang mahu menyertai BERSATU, tetapi menegaskan parti itu tidak akan menerimanya begitu saja.


MR : DAP tak mahu kekuatan Melayu dalam PH....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Paling tidak sihat adalah apabila 95% undi dari kaum minoriti diberi pada parti yang sama waktu dengan mereka saja. Dalam kata lain, usah melaut isu Mustafa M masuk parti Mungge kerana ia adalah ibarat 'kuman' di seberang laut walhal gajah di depan mata AhPek lebih patut diberikan perhatian utama. Ia laluan menuju fanakism pada satu parti seperti di blok2 komuniasme.

    BalasPadam