Header Ads

ads header

Flash News

Antara Annuar, Zahid, siapa pecah rekod dahulu?


JANDA BAIK - Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjangkakan Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa bakal memecahkan rekod pendakwaannya di mahkamah tidak lama lagi.

Menurutnya, 45 pertuduhan ke atas dirinya setakat ini merupakan yang pertama dalam sejarah negara.

“Dalam sejarah mahkamah tidak ada setakat ini 45 pertuduhan melainkan kepada Presiden Umno. Mungkin selepas ini Setiausaha Agung Umno akan memecahkan rekod saya, mungkin.

“Sebab ketika beliau menjadi Ketua Penerangan Umno dahulu beliau menguruskan dana di mana dana itu dimasukkan kepada sebuah yayasan kemudian diagihkan kepada 191 Bahagian sebanyak dua kali. 191 kali dengan dua,” katanya ketika berucap pada majlis penutup Program Pemukiman (Retreat) Pemuda di Pusat Latihan Umno, Janda Baik, hari ini.

Zahid sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 45 pertuduhan melibatkan 10 pertuduhan pecah amanah dan lapan pertuduhan menerima suapan berjumlah lebih RM42 juta serta 27 pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah lebih RM72 juta.

Beliau akui kini menjadi pusat graviti serangan selepas mengambil alih tampuk kepimpinan parti.

“Dulu kita kalah sebab peluru-peluru ditujukan terus kepada pusat graviti kita. Siapa? Ketika itu Datuk Seri Najib Razak. Sejak 30 Jun saya jadi Presiden dan pusat graviti itu ditukar kepada saya.

“Sekarang tertumpu kepada saya secara peribadi. Dalam alam teori politik dan komunikasi, apabila pusat graviti difokuskan untuk ditelanjangkan, dihina maka organisasi itu akan dilumpuhkan,” katanya.

Meskipun diminta bercuti daripada menjalankan tugas sehingga selesai kes pertuduhan di mahkamah oleh Pemuda Umno sebelum ini, Ahmad Zahid sempat berterima kasih atas keprihatinan sayapnya itu.

“Seluruh peluru kini disasarkan kepada saya. Saya berterima kasih kepada Pemuda Umno kerana bersimpati kepada saya kerana tidak mahu saya menanggung beban dengan 45 pertuduhan itu,” katanya.


MR : Pimpinan UMNO tak banyak yang bersih pasal itu mudah disabit....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Bila ada kuasa breeze, senanglah kekotoran di cuci. Bukan kerana go PH men itu bersih tapi kuasa breeze yang dimiliki itu dipergunakan sebaik mungkin akan menghasilkan cucian 2 x lebih bersih. Sume itu jalan menuju demokrezi yang tersimpang dan terbobrok. Even Bershit can do nothing about it.

    BalasPadam
  2. Dulu pun ada dendam. Dendam dulu adalah intrakota saja. Kini sama, ada dendam tapi dendam kini dah jadi rentas kota atau lebih dikenali sebagai interkota. BAI adalah contoh yang dulu itu dan presiden kapal keramat dan SUA nya itu adalah contoh interkota. Current assessment: bad to worse.

    BalasPadam