Rebut pengundi, pemilihan PKR dicemari insiden tumbuk, baling kerusi
TANJONG KARANG, 28 Okt — Sedikit kekecohan berlaku di pemilihan PKR Cabang Tanjong Karang yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Gulang-Gulang di sini hari ini apabila penyokong dua calon Ketua Cabang bergaduh kerana berebut pengundi.
Kejadian berlaku kira-kira 2.30 petang apabila penyokong calon yang bertanding masing-masing cuba memujuk pengundi di pintu masuk, sebelum sedikit kekecohan tercetus sehingga membawa kepada tumbuk-menumbuk serta berbaling kerusi.
Setiausaha cabang PKR Tanjong Karang Raja Shahmirulzaman Raja Badakozaman berkata insiden itu berlaku hampir seminit sebelum berjaya dileraikan oleh pihak polis dan ahli parti. ”Pemilihan berjalan lancar. Cuma sedikit isu berkaitan rebut pengundi sahaja. Tapi dapat dikawal dan ditenangkan oleh pihak polis,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Bernama mendapati polis menempatkan anggota di kedua-dua khemah yang menempatkan calon ketua cabang bagi mengawal keadaan. — Bernama
MR : Apa tidaknya spesis UMNO, DNA masih ada....
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Bagaimana parti mata iluminati boleh membela rakyat jika ahli dan pemimpin sendiri pun bergaduh seperti filem gangster ?
BalasPadam