Header Ads

ads header

Flash News

Pakatan Umno-PAS: MCA ancam putus hubungan dengan Umno


PETALING JAYA: MCA mengancam untuk memutuskan hubungan dengan Umno sekiranya ia mengikat kerjasama dengan PAS tanpa terlebih dulu membincangkannya dengan parti itu.

Timbalan Presiden MCA, Datu Seri Wee Ka Siong berkata, Umno atau presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tidak boleh membuat keputusan satu pihak mewakili Barisan Nasional (BN).

Bekas menteri itu berkata, gabungan politik itu sentiasa cuba mendapatkan konsensus dalam kalangan parti komponennya, dengan menambah nasib BN tidak bergantung “di tangan Umno semata-mata”.

“Jika mereka tidak iltizam pada semangat saling menghormati sesama parti komponen seperti sepatutnya, tetapi terus berpakat dengan PAS tanpa berbincang lebih dahulu dengan MCA, maka MCA tidak akan teragak-agak untuk memutuskan hubungan dengan Umno,” katanya di laman Facebook beliau.

Katanya, kerjasama antara 2 parti itu tidak akan bermakna apa-apa sekiranya masing-masing mempunyai prinsip berbeza.

Ahli Parlimen Air Hitam itu memberi respons terhadap laporan yang memetik Zahid sebagai berkata bahawa Umno akan “mempertahankan” PAS sebagai sekutu politiknya yang baru.

Zahid dilaporkan berkata demikian dalam satu pertemuan dengan pemimpin parti Islam itu.

Wee mengingatkan Zahid bahawa tidak ada masa depan untuk “jalan politik mono-etnik” dan memberi amaran bahawa keputusan beliau untuk bekerjasama dengan PAS akan menyaksikan BN berkubur.

MCA katanya, akan mencari jalan sendiri kerana mereka tidak boleh “dengan jujur berjalan bersamanya (Zahid) di atas jalan kemusnahan ini”.

“Kita hanya boleh mengucapkan selamat maju jaya kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jika beliau bertegas untuk berpakat dengan PAS.”

Wee sebelum ini mengisytiharkan untuk bertanding jawatan tertinggi MCA selepas presiden parti itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengambil tanggungjawab ke atas pencapaian buruk MCA dalam pilihan raya umum 9 Mei lepas dan memaklumkan tidak akan mempertahankan jawatan dalam pemilihan parti itu yang dijadualkan bulan depan.

MR : MCA masih tidak memahami politik Melayu Islam yang didokong oleh PAS....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

6 ulasan:

  1. MCA jangan risau. UMNO tak akan berpakat dengan PAS. Malah UMNO akan berpakat dengan Bersatu. Yang nak berpakat dengan PAS tu akan keluar UMNO atau UMNO akan dibubarkan. Dan Bersatu akan jadi anggota BN yg baru. MCA masih lagi parti di bawah tempurung. MCA begitu takut dengan PAS. Ketahuilah MCA, PAS adalah parti yg lebih baik dan jujur dari semua parti yg ada kat Malaysia ni. PAs tidak pernah flip flop dan PAS tetap berpegang pada prinsip. Tidak pernah melanggar prinsip seperti parti2 lain yg selalu flip flop demi kepentingan peribadi pemimpin2 mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. MCA tak takut PAS tapi MCA takut pengundi cina yg terperangaruh dgn barat yang mengatakan ISLAM itu MUNDUR.. ISLAM tu TALIBAN... ISLAM tu menyusahkan. Track record PAS punya la baik berbanding dgn parti lain.. tapi itu bukan ukurannya di akhir zaman ni. Bukan setakat MCA.. majoriti melayu sendiri tak yakin dgn Islam.

      Padam
  2. Yang bermasalah bukan Pas tapi partner MCA sendiri.

    Yang menenggelamkan BN bukan Pas tapi partner MCA sendiri.

    Yang sepatutnya bimbang partner MCA dapat timbul semula ialah Dap.

    Last but not least ialah bila Dap membuka tangan terhadap parti melaise first, political expedient tak ditolak bulat2.

    BalasPadam
  3. Bukankah parti biaDAP dan parti MaCAi saudara kembar siam?

    BalasPadam
  4. kafir akan tetap memusuhi Islam dan bersaudara sesama kafir. Sebagaimana munafik yang mesra kafir tapi akan memusuhi saudara sesama Islam macam.....

    BalasPadam
  5. Pedulikan itu MCA parti paling looser dan bermuka2. Ahli mca penyokong Dap Juga.. Fakta bukan auta. Dap dan PH pun tak ganggu mca. Semua pun tau.

    BalasPadam