Header Ads

ads header

Flash News

Pengundi berang proses undi cabang Pandan lewat bermula


KUALA LUMPUR: Belum pun bermula, pemilihan PKR di cabang Pandan sedikit panas apabila pengundi mula berang kerana pusat pengundian lambat dibuka pagi ini.

Pengundi yang tiba sejak pukul 9 pagi terpaksa menunggu kira-kira hampir dua jam apabila pusat pengundian di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Taman Chempaka hanya dibuka pada pukul 10.40 pagi.

Difahamkan proses pengundian tertangguh akibat ketiadaan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bagi mengawal keselamatan pusat berkenaan.

Sebelum itu, pengundi mula menjerit apabila mereka terpaksa berhimpit di luar pagar dengan ada antara mereka menyatakan telah menunggu lama kerana ada banyak urusan harian yang perlu diselesaikan.

Calon Timbalan Presiden Mohd Rafizi Ramli yang tiba pada pukul 10 pagi juga terpaksa menunggu untuk mengundi di cabang berkenaan.

Sementara itu di cabang Ampang, pengundian hanya bermula pukul 10.50 pagi akibat masalah teknikal.

Calon Ketua Cabang yang juga calon Naib Presiden Zuraida Kamaruddin yang tiba pada pukul 9 pagi di pusat pengundian bertindak memberi panduan kepada pengundi agar pengundian berjalan lancar.

Fasa ketiga pengundian di negeri Selangor hari ini melibatkan enam cabang iaitu Tanjong Karang, Kuala Selangor, Ampang, Pandan, Shah Alam dan Hulu Langat.

-- BERNAMA

MR : Dulu berang pasal SPR lewat, kutuk SPR macam nak mampus, akhirnya parti sendiri pun 2 X 5 sahaja....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Blog semakin berpengaruh, spam pun mula masuk. Spam adalah satu petunjuk tidak resmi keupayaan sengatan sesuatu blog terhadap sesuatu pihak. Aha, pihak mana yang terkena 'sengatan' itu lalu menghantar wakil untuk buat spamming? TST.

    BalasPadam