Header Ads

ads header

Flash News

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sekolah Mujahid Rawa takkan orang nak buat maksiat tempat terbuka


SHAH ALAM - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria terkejut dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkaitan penguatkuasaan jenayah khalwat.

Katanya, undang-undang pencegahan maksiat yang dilaksanakan di negara ini sudah menjangkau lebih 50 tahun.

Harussani berkata, sebagai seorang menteri beliau (Mujahid) perlu lebih memahami mengenai undang-undang berkenaan.

"Orang berkhalwat selalunya buat ditempat tertutuplah, kalau ada kesalahan (maksiat) di hotel boleh kita masuk, itu pencegah maksiat buat.

"Jadi kalau tak boleh tegah biarlah orang buat maksiat, tak perlu undang-undanglah, kita laksanakan undang-undang ini sudah lama, tiada masalah pun," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mujahid yang dipetik berkata tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam.

Sebaliknya tegas Mujahid, apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik pintu yang tertutup adalah bukan urusan kerajaan.

Mengulas lanjut, Harussani berkata, amalan mencegah maksiat sepatutnya dilaksanakan dimana-mana kawasan sekalipun.

"Kita yang salah jika kita tidak cegah, kita kena cegah maksiat dimana pun," katanya.

Justeru katanya, adalah lebih baik jika Mujahid panggil 'orang agama' untuk mengadakan perbincangan sebelum sesuatu kenyataan dikeluarkan.

"Saya rasa kita jangan buat kenyataan di surat khabar tak tentu pasal mari kita bincang dahulu pergi ke jabatan agama, adakan mesyuarat macam mana, jadi kalau kita buat tak tentu pasal ia jadi celarulah," katanya.



MR : Mujahid ni kononnya nak ikut Khalifat tapi dia sendiri tak faham apa Khalifah buat, mungkin  di fikir gillate pun tak ada zaman Nabi....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Mana mufti-mufti lain? Mana mofti dari utara? Mana 'pakar hadis' ? Mana ularmak parti kuali imayam putumayam?

    Mengapa mereka semua diam membisu sebilangan dari mereka bersikap seperti 'syaitan bisu'? Adakah mereka takut kehilangan pangkat dan jawatan dan pelbagai keistimewaan dunia?

    Alhamdulillah mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berani bersuara mempertahankan prinsip asas Islam iaitu Amar Makruh Nahi Mungkar.

    Kita berharap lebih ramai mufti dan ulama Islam menegur dan mengkritik mantri agama.

    Sebaliknya puak munafik liberal dan puak kafir harbi pula sibuk membela kemungkaran dan kesesatan dan menentang ajaran Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan:

      Mengapa sebilangan dari mereka diam membisu seperti 'syaitan bisu'? Adakah mereka takut kehilangan pangkat dan jawatan dan pelbagai keistimewaan dunia?

      Padam
  2. Tindakan membiarkan maksiat dan kesesatan dilakukan dengan bebas adalah seperti merestui maksiat dan kesesatan.

    Dasar syaitan ini dilaknat oleh Allah dan RasulNya. Ingatlah siksaan Allah amatlah dahsyat!

    Tsunami, gempa bumi dll yang sedang berlaku di negara jiran boleh berlaku di negara kita jika maksiat dan kesesatan berlaku tanpa sebarang halangan.

    Pakar telah mengakui Malaysia boleh dilanda gempa bumi.

    BalasPadam