Header Ads

ads header

Flash News

Muhsin bin Abdul Latheef v Pendakwa Raya, Lim Guan Eng and Phang Li Koon


1. Pemohon, Muhsin bin Abdul Latheef, memfailkan sendiri notis usul dan afidavit sokongan pada 19 September 2018 untuk memohon satu perintah agar keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes jenayah Pendakwa Raya v Lim Guan Eng dan Phang Li Koon pada 3 September 2018 adalah boleh dikaji semula atau diubah.

2. Pemohon menemui saya pada 1 Oktober 2018 dan meminta agar saya mewakilinya semasa pendengaran pada 3 Oktober 2018 (hari ini). Sebelum ini saya hanya menulis surat representasi kepada Pendakwa Raya bagi pihak pemohon meminta agar perbicaraan kes jenayah tersebut tidak diberhentikan.

3. Setelah meneliti dokumen-dokumen yang difailkan oleh pemohon, saya mendapati permohonan beliau mempunyai merit dan kes ini sesuai dan wajar untuk diputuskan oleh Mahkamah.

4. Walaubagaimanapun, saya meletakkan syarat bahawa saya hanya akan mewakili pemohon sekiranya pendengaran permohonan ini ditangguh ke satu hari lain yang lebih sesuai. Ini adalah kerana saya memerlukan masa untuk membuat persediaan yang rapi dan juga kerana saya mempunyai kes lain di Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam pada masa yang sama.

5. Pemohon bersetuju dan saya, pada hari yang sama (1 Oktober 2018), menghantar surat kepada Mahkamah serta salinan kepada peguam responden-responden melalui emel meminta penangguhan.

6. Saya telah menghubungi Mahkamah beberapa kali pada 2 Oktober untuk mendapatkan kepastian sama ada pendengaran akan dijalankan atau tidak, namun saya tidak mendapat sebarang jawapan.

7. Ketika itu, Mahkamah juga tidak pasti Hakim mana yang akan mendengar permohonan tersebut. Menurut notis pendengaran bertarikh 29 September 2018, pendengaran ini sepatutnya diadakan di hadapan Y.A. Abdul Wahab bin Mohamed tetapi di saat-saat terakhir dipindah ke hadapan Y.A. Hadhariah binti Syed Ismail.

8. Oleh itu, saya menulis satu lagi surat bertarikh 2 Oktober 2018 kepada Mahkamah serta salinan kepada peguam responden-responden melalui emel untuk memaklumkan tarikh-tarikh lapang saya sekiranya pendengaran ditangguh.

9. Saya juga memaklumkan Mahkamah dalam surat yang sama sekiranya pendengaran tidak ditangguh, maka pemohon akan membuat hujahan sendiri berdasarkan pada nasihat yang saya telah berikan.

10. Memandangkan permohonan ini melibatkan kepentingan awam dan integriti Jabatan Peguam Negara, maka saya akan mempelawa Majlis Peguam untuk mencelah dalam prosiding ini demi menegakkan keadian.

Sekian, terima kasih.

Gunamalar Joorindanjn
M/s. Gunamalar Law Chambers
Peguambela Pemohon

3 Oktober 2018


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. Tindakan membebaskan seorang pemimpin parti kafir biaDAP yang sedang didakwa di mahkamah kerana kes rasuah dll adalah tindakan yang tidak radional dan tidak masuk akal manusia yang normal.

    Kita melihat tindakan ini seolah- olah melibatkan kuasa politik di waktu pemimpin-pemimpin UMNO didakwa di mahkamah.

    BalasPadam