Header Ads

ads header

Flash News

Membina Semula Malaysia Baharu Selepas Rebah


Aspal dibasahi titis halus hujan yang kian perlahan, menyelinap aku dari dibasahi bilah² hujan petang yang bakal reda dan melompat ke gigi tangga anjung Curve. Di Cafe Secret Recipe telah menunggu seorang sahabat, pensyarah di universiti tempatan di selatan tanah air.

Usai bersalam terus membuat order, seperti biasa Cappuccino SR memang umph! Perbualan awal berkisar peristiwa² semasa bersama mengerjakan ibadah haji tempoh hari.

Dr. Azrul, pensyarah muda di hujung 30an, berfikiran terbuka, bercakap tersusun dan cermat, sesuai watak peribadinya yang sopan dan tawadduk.

"Politik Malaysia tenat amat, sosial yang bejat, adab dan hukum agama sudah di kaki sahaja. Nilai kemanusiaan di baham kerakusan kuasa dan rakyat telah hilang kewarasan pertimbangan..." rungutan yang sudah biasa kudengar.

Dia tahu aku kerap menulis, dan menghargai sikap penulisan aku yang anti persepsi dan fanatik kepada fakta. Dia tahu aku menghargai keluhannya, keluhan seorang Melayu berilmu tidak aku sia²kan...catatkan dalam kepala sambil santai coffee talk.

"Malaysia baru, dan membina semula Malaysia. Saya juga  salah seorang yang terkesima dengan visi ini dan mengundi PH" dia memulai apabila ditanya pendapatnya berkenaan politik mutakhir ini...

"Kita nak tgk negara kita dibina semula ke arah yg lebih baik.....tp kita nak serahkan negara ini ditadbir oleh tangan² pemimpin yg korup, berakhlak buruk, mengamalkan kronisme ...lihat sahaja PRK PD, lihat senarai calonnya sarat dengan masalah sosial, salah laku, rasuah dan mengamalkan Islam liberal..."

"Siapa yg sedang hancurkan negara sebenarnya?"

"Kitalah.....kerana kita yang memilih mereka yg tidak mempunyai akhlak, tidak bermoral dan integriti yg tinggi utk mengurus negara kita" keluhnya lagi dan lagi....

"Sedangkan kita ada pilihan yg lebih baik....ada individu yg lebih baik dr segi moral, akhlak dan kepimpinan....tetapi kita memilih individu hanya kerana taksub kita kpd parti, yang telahpun menjatuhkan klepto yang dahulu, sedangkan kita tahu yang sekarang tidak kurang hebatnya mengamalkan kleptomanianya"

"Natijahnya....kita yg di bawah ini juga yg terhimpit dan kian tersepit angkara tindakan kita yang lebih mengikut nafsu berbanding akal"

Lalu aku teringat satu frasa dalam Bahasa Inggeris "Those who set the rules, they keep the goals".

Mereka kerajaan sekarang, dan segala salah laku disapu bersih di bawah karpet, lalu sucilah segala puaka yang kemudiannya dijenamakan semula sebagai menteri penguasa segala...

"Itulah kegagalan bangsa kita, Melayu masih berpusing sekitar politik persepsi, fitnah dan dendam, bangsa kita menidakkan alim ulamak tetapi menerima orang yang sedia maklum bermasalah, melakukan rasuah dan pernah digantung keahliannya akibat politik wang, orang kita masih menerima pemimpin yang pernah merosakkan ekonomi negara dengan pelbagai penyelewengan seperti skandal forex, Maminco dan Pkfz. Orang kita bangsa bersifat pemaaf yang salah letak sifatnya...orang kita cerdik pandai pun masih menerima orang yang disabitkan bersalah oleh mahkamah sebagai bakal pemimpin. Itulah bangsa kita tak kira bijak pandai apatah lagi yang biasa" tambah Dr. Azrul.

"With great power comes great responsibility tapi berbeza dengan Malaysia, pakejnya aku boleh buat apa sahaja apabila aku berkuasa" jolok aku di hujung perbualan.

Azan asar dari Balai Islam Al Ghufran sampai ke telinga, dan kami menghabiskan minuman lalu bersama menuju ke musalla di tingkat 2.

Apabila yang bijak tertipu, apalah sangat rakyat kebanyakan. Soalnya selama mana harus terus ditipu dikencing? Bilakah akan segera bingkas membetulkan posisi?

Muhasabah selepas rebah.

#Mctp
#MampuCentre

Secawan Cappuccino☕️
HASSAN TSABITT II



MR : Tulisdisini ....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. Sebagaimana kata ustaz zulkifli m ali dari Indonesia yang meramalkan umat Islam di akhir zaman akan berpecah menjadi 2 golongan terbesar. Satu yang mahukan Islam satu lagi menolak Islam. Perpecahan tersebut bkan sahaja di Malaysia akan tetapi di seluruh dunia Islam. Something HUGE is going to happen in the next decade ( 2020 onwards). May ALLAH protect us all.

    BalasPadam
  2. Apabila sebilangan rakyat termakan fitnah dan janji palsu dan melantik pemimpin yang tidak bermoral bahkan pemimpin tersebut menghina Islam dan menafikan hak umat Islam, maka rakyat tersebut adalah rakyat jahil murakkab yang materialistik dan tidak bermoral.

    BalasPadam