Header Ads

ads header

Flash News

Najib, Irwan Serigar dipanggil SPRM esok (hari ini)


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok bagi memberikan keterangan berkaitan firma pelaburan Abu Dhabi iaitu International Petroleum Investment Company (IPIC).

Sumber berkata, selain beliau, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah turut dipanggil untuk hadir ke ibu pejabat SPRM esok di Putrajaya.

“Kedua-dua individu tersebut diminta hadir kira-kira pukul 2 petang dan mereka sudah dimaklumkan tentang perkara tersebut.

“Irwan Serigar dijangka ditahan sebelum didakwa di Mahkamah pada Khamis ini manakala Najib pula mungkin tidak akan ditahan dan dibebaskan sebaik keterangannya diambil,” katanya hari ini.

Beliau memberitahu, Najib berkemungkinan menghadapi sekurang-kurangnya enam pertuduhan melibatkan kes yang sedang disiasat.

Kosmo! pada 17 Oktober lalu melaporkan Najib dipanggil sekali lagi untuk memberikan ketera­ngan kepada SPRM.

Menurut sumber, beliau dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siasatan baharu kes membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkaitan pembayaran hutang dana pelaburan 1MDB kepada International Petroleum Investment Co (IPIC).

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan