Header Ads

ads header

Flash News

Nazri Aziz dilantik setiausaha agung BN ganti Ku Nan


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dilantik sebagai setiausaha agung Barisan Nasional (BN) menggantikan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyandang jawatan itu sejak 2009.

Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, pelantikannya yang berkuat kuasa bulan lalu, hanya diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam majlis perasmian Perhimpunan Agung MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.

“Dia (Zahid) lantik (saya) bulan lalu. Hari ini diumumkan kepada khalayak,” kata Nazri ketika dihubungi FMT hari ini.

Zahid pernah menawarkan jawatan setiausaha agung BN kepada Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, tetapi ditolak bekas ketua Pemuda Umno itu.

Ditanya kenapa jawatan itu tidak diberikan kepada Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa, Nazri berkata, Zahid mahu memastikan agenda Umno tidak menjadi agenda BN.

“Kalau setiausaha agung Umno jadi setiausaha agung BN, nampak dia akan bawa agenda Umno.

“Ia seharusnya berbeza, jadi saya percaya disebabkan itu dia (Zahid) ambil orang yang berlainan untuk jadi setiausaha agung BN supaya agenda saya menjadi agenda BN, bukan Umno punya agenda.”

Bekas menteri pelancongan dan kebudayaan itu berikrar merapatkan hubungan BN dengan parti komponennya dan parti lain.

“Bukan sahaja di kalangan kerabat Barisan, parti lain pun sama, yang boleh bekerjasama dengan kita.”


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan